Mohon bantuan untuk perkataan 'salient beliefs' dalam BM. Contoh ayat : An attitude toward a behavior is recognized as a person’s positive or negative evaluation of a relevant behavior and is composed of a person’s salient beliefs regarding the perceived outcomes of performing a behavior. Terima kasih | "Salient beliefs" mengikut contoh yang diberikan dalam padanan ayat ialah ciri-ciri yang menonjol pada seseorang. Namun perkara ini bergantung kepada bidang yang hendak disampaikan dalam sesuatu ayat mengikut kepakaran masing-masing. Terima kasih. | Makna | 12.07.2017 |
PENGGUNAAN DARIPADA PERKATAAN ETHICAL SALES BEHAVIOR DALAM BAHASA MALAYSIA | Salam Sejahtera. "Ethical Sales Behavior" dapat diterjemahkan sebagai "Etika Tingkah Laku Jualan". | Penyemakan dan penterjemahan | 20.11.2014 |
Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa Melayu: Religiosity, Ethical Leadership, Good Governance, Ethical Climate, Ethical Behavior...terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut: Religiosity - Kewarakan/Kesalihan Ethical Leadership - Kepemimpinan Beretika Good Governance - Tadbir Urus Baik Ethical Climate - Suasana Beretika Ethical Behavior - Tingkah Laku Beretika | Istilah | 17.09.2016 |
mohon untuk terjemahkan penggunaan perkataan adaptive selling behavior dan latent variable dalam bahasa melayu | Terjemahan latent variable ialah pembolehubah pendam, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Matematik. Walau bagaimanapun tidak ada padanan bagi adaptive selling behaviour . Sila kemukakan cadangan terjemahan (jika ada) atau konsep penggunaan frasa tersebut untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2015 |
Selamat petang, tuan/puan. Saya mempunyai istilah "organizational citizenship behavior" dan diterjemah kepada "kelakuan kewargaan organisasi". Adakah perterjemahan ini tepat? Istilah BM ini pernah digunakan oleh penyelidik Malaysia yang lepas. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "organizational citizenship behaviour" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "organizational behaviour" yang padanan bahasa Melayunya ialah gelagat organisasi. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "organizational citizenship behaviour" ialah gelagat kewarganegaraan organisasi. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks dan penggunaannya. | Istilah | 30.08.2013 |
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya; 1. Cognitive engagement - Penglibatan kognitif 2. Entrepreneur self efficacy- Efikasi kendiri keusahawanan 3. Innovative entrepreneurship behavior - Tingkah laku inovasi keusahawanan Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? | Cadangan terjemahan kami ialah: 1. Cognitive engagement - Keterlibatan kognitif 2. Entrepreneur self efficacy- Efikasi kendiri usahawan 3. Innovative entrepreneurship behavior - Tingkah laku inovasi keusahawanan | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2015 |
Mohon bantuan untuk terjemahkan ayat seperti berikut:- Perceived Behavioral Control (PBC) refers to the perceived ease or difficulty of performing the behavior and it is assumed to reflect past experience as well as anticipated impediments and obstacles. | Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa, pihak kami hanya menyemak dari segi bahasa yang betul atau tidak. Jika tuan/puan memerlukan perkhidmatan ini boleh hubungi pihak Persatuan Terjemah Malaysia. Sekian terima kasih | Lain-lain | 20.07.2017 |
Salam Sejahtera. Tuan/Puan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai/tepat untuk menterjemahkan "entrepreneur intentions to exit" khususnya perkataan "exit" dengan merujuk kenyataan, "we focus on entrepreneur intentions to exit by a particular strategy, rather than actual exits. The theory of planned behavior, and its application in the entrepreneurship context, suggests that entrepreneurship involves primarily intentional planned behavior, and the intentions literature ‘‘clearly demonstrates that intentions are the single best predictor of planned behaviors." | Cadangan terjemahan bagi entrepreneur intentions to exit ialah hasrat usahawan untuk keluar. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian. | Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan. 1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja 2. Employee Work Intention – niat bekerja 3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi 4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial 5. Work Cognition – kognisi kerja 6. autonomy - autonomi 7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin 8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja 9. collaboration – kerjasama 10. distributive justice – keadilan teragih 11. feeback – maklum balas 12. growth - berkembang 13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat 14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara 15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong 16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju 17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
| Istilah | 04.06.2018 |
saya mohon untuk terjemahan tajuk tesis saya ke Bahasa Melayu . Mohon penterjemahan mengikut istilah DBP daripada pihak tuan . Berikut adalah tajuk tesis saya A NEW LEARNER’S SECURITY BEHAVIOR MODEL FOR M-LEARNING IN MALAYSIA HIGHER EDUCATION INSTITUTION kerjasama daripada pihak tuan amat di hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih | Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun kami boleh membantu tuan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam penterjemahan yang telah dibuat terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2017 |