Apakah terjemahan untuk "well-being" seperti dalam ayat berikut: "The public must be open to discuss their well-being holistically." | Menurut data kami, dalam bidang kependudukan, padanan bahasa Melayu untuk well-being ialah kesejahteraan. Oleh itu, berdasarkan ayat yang diberikan, kami mencadangkan perkataan kesejahteraan digunakan. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 26.09.2017 |
Saya nak tahu penggunaan kata 'where' (di mana) dalam ayat berikut. Contohnya: A secures messages and calls while they’re being delivered to and from B, where this chat is stored and managed for C. A melindungi panggilan dan mesej semasa ia dihantar dan diterima daripada B, di mana sembang ini disimpan dan diuruskan untuk C. Apakah perkataan yang kita patut gunakan untuk ayat di atas? Untuk menggantikan penggunaan 'where'. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan "'A' secures messages and calls while they’re being delivered to and from 'B', where this chat is stored and managed for 'C'" ialah Mesej dan panggilan dari A akan dihantar dan disimpan oleh B, manakala C akan menyimpan dan menguruskan mesej dan panggilan tersebut.
| Makna | 20.01.2021 |
Up to Rm50000 lucky wheel rewarded for being a hair fancier follower | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.05.2015 |
apakah terjemahan yang sesuai untuk: MALAYSIA PRIMARY SCHOOLS WELL-BEING ASSOCIATION? terima kasih. | Cadangan kami PERSATUAN SEKOLAH RENDAH MALAYSIA SEJAHTERA | Lain-lain | 23.10.2017 |
Can i know the meaning of "Madya" and the what way it is being used? | Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. | Makna | 06.05.2008 |
Saya ingin tahu apa dia 'driving rain'? Ayat: The L-Ten-Eleven (sejenis pesawat) is being pounded by a driving rain. | Cadangan bahasa Melayu ialah hujan yang lebat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Istilah | 10.05.2008 |
Apakah terjemahan bagi perkataan ini? Nurses : A Force for Change Care Effective : Cost Effective Improving Health and Well-Being | Tidak maklumat tentang penterjemahan ayat dalam pangkalan data kami. Kami hanya dapat membantu terjemahan perkataan atau istilah dengan merujuk data yang ada dalam kamus atau buku istilah. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.05.2015 |
Selamat sejahtera, saya ingin mendapatkan terjemahan bagi: 1) Digital communication and collaboration 2) Digital health and welfare - Physical and psychological well-being in a digital world 3) Digital rights and responsibility - Requirements and freedoms extended to everyone in a digital world 4) Digital security and privacy Terima kasih. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2020 |
Questions: 1. Is DBP the main government body overseeing/ regulating all publishing activities in Malaysia? 2. What are the channels that are being used to promote Malaysian publications, both domestic and internationally? Thank you. | - DBP bukan badan utama yang mengawal semua aktiviti penerbitan di Malaysia.
Saluran yang digunakan untuk mempromosi bahan-bahan terbitan termasuklah pengedar, agen yang dilantik, serta badan seperti Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi urusan promosi dalam Pesta Buku di dalam dan luar negara.
| Lain-lain | 14.12.2010 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat di bawah? "The Minister may prohibit any child or young person from engaging or being engaged in any employment." Sama ada perkataan "engaging" boleh diterjemah seperti yang berikut: "Menteri boleh melarang mana-mana kanak-kanak atau orang muda daripada bekerja/terlibat/mengguna khidmat atau diguna khidmat dalam apa-apa pekerjaan." Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "engaging" dalam konteks ayat tersebut ialah terlibat. | Lain-lain | 01.07.2021 |