salam..adakah imbuhan bel- terdapat dalam bahasa Melayu? | Tidak terdapat awalan bel- dalam bahasa Melayu. Bagi perkataan ajar dan unjur, gabungan awalan ber- dengan kata dasar menghasilkan bentuk kekecualian, iaitu belajar dan belunjur. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
1. Terdapat perkataan belajar dalam bahasa Melayu. Adakah imbuhan bel- dalam bahasa Melayu untuk perkataan "belajar". 2. Adakah perkataan belajar itu kata dasar? Ataupun bel- itu ialah satu morfem dan ajar itu juga satu morfem? | 1. Bagi kata dasar ajar, gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar menghasilkan kata terbitan belajar, iaitu satu bentuk kekecualian. Sama seperti kata dasar unjur, gabungan dengan ber- menghasilkan belunjur. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Apakah jenis imbuhan untuk perkataan belajar ? Kata dasar ialah ajar. Adakah imbuhan Bel- | Bagi perkataan "belajar", imbuhan yang digunakan ialah imbuhan awalan ber-, iaitu imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar "ajar". Gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar "ajar" menghasilkan kata terbitan "belajar", iaitu satu bentuk kekecualian. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 162. | Tatabahasa | 29.08.2023 |
mana satu jawapan yang betul a) Buku yang berharga RM3 telah saya beli b) Buku yang berharga RM3 saya telah bel | Ayat yang betul ialah Buku yang berharga RM3 telah saya beli. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
Apakah cara yang betul untuk menyebut perkataan "label"? Adakah sebutannya sama dengan sebutan Bahasa Inggeris? Bolehkah tunjukkan di mana tempat untuk merujuk cara menyebut perkataan Bahasa Melayu dengan betul? Terima kasih. | Cara menyebut perkataan label ialah [la.bel]. Sebutan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. Saudara boleh merujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi untuk sebutan bahasa Melayu yang betul. | Ejaan | 28.07.2021 |
Baaaimana pembetukan kata: a. pembelajaran b. pemelajaran | Pembentukan kedua-dua perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:
Ajar---> belajar--> mempelajari---> pemelajaran. Dengan berdasarkan rumus tersebut di atas, pemelajaran bermaksud aktiviti mempelajari (Transitif).
Ajar-->belajar-->pembelajaran. Dengan berdasarkan rumus tersebut, perkataan pembelajaran bermaksud aktivti belajar (Tak Transitif).
| Tatabahasa | 08.12.2011 |
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut: ber- (be-, bel-) awalan 1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan; 2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji; 3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan; 4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur; Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana. | Lain-lain | 24.06.2021 |
Perkataan belajar boleh menghasilkan kata terbitan pembelajaran dan pemelajaran. Boleh jelaskan cara kedua-dua kata itu terbentuk. | Masih banyak pengguna yang keliru tentang perkataan yang berapitan peN-..-an, terutamanya pembelajaran dan pemelajaran. Kedua-dua perkataan itu betul. Mari kita lihat pembentukan perkataan tersebut seperti yang di bawah ini:
Satu--> bersatu--> mempersatukan --> pemersatuan Oleh-> beroleh -> memperoleh ---> pemerolehan Badan--> berbadan-->memperbadankan---> pemerbadanan Ajar---> belajar--> mempelajari---> pemelajaran
Dengan berdasarkan rumus tersebut di atas, pemelajaran bermaksud aktiviti mempelajari. (Transitif)
Sekarang, marilah kita lihat pembentukan perkataan pembelajaran pula dengan mengambil contoh pembentukan perkataan lain terlebih dahulu:
Jadi --> menjadi --> kemenjadian Atur--> teratur-->keteraturan Tanggungjawab -->bertanggungjawab--> kebertanggungjawaban Ajar-->belajar-->pembelajaran
Dengan berdasarkan rumus tersebut, perkataan pembelajaran bermaksud aktivti belajar (tak transitif)
Kesimpulannya, kedua-dua perkataan tersebut betul. Oleh itu, terpulanglah kepada pengguna untuk menggunakan perkataan tersebut. | Tatabahasa | 07.12.2008 |