Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.an] | بلاءن

Definisi : yg dibela (orang, binatang, dll), peliharaan: kerbau itu ~ jiran saya; aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.an] | بلاءن

Definisi : yg dibela: haiwan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu tentang penggunaan kata ganti nama diri "dia". Bolehkah saya menggunkan perkataan dia untuk merujuk kepada kucing belaan saya? Sebagai contoh, "Saya membela seekor kucing. Dia diberi nama Si Tompok oleh ibu saya." Adakah pengunna "dia" betul di contoh tersebut. Sekiranya penggunaan "dia" ialah salah, adakah penggunaan 'ia" betul?Kata ganti nama diri "dia" atau "ia" adalah setara dan hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digunakan untuk binatang (kucing). Untuk merujuk kucing, bolehlah gunakan "Si Tompok" atau kucing itu.Tatabahasa24.04.2011
Takrif dan definisi BUDAYA PENYAYANGBudaya penyayang bermaksud tamadun atau peradaban yang bersifat budaya dari segi akal budi berkenaan dengan rasa kasih akan orang lain; pengasih atau pencinta. Dalam konteks yang lebih luas, budaya penyayang ini boleh juga dikaitkan dengan objek selain manusia, seperti haiwan belaan, persekitaran dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk mewujudkan keadaan yang aman, tenteram dan selamat dalam kalangan masyarakat dan bernegara. Budaya ini wajar diterapkan dalam semua peringkat masyarakat dan dalam kalangan masyarakat majmuk.Makna08.01.2008

Kembali ke atas