Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berbelah bahagi (bagi) tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dsb) pd sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah: rakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~; membelahbahagikan menyebabkan atau menjadikan berbelah bahagi: aku tidak pernah ~ kasihku padamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belah bahagi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sumber ayat adalah berlatarbelakangkan persingan Parlimen. Apakah bentuk ejaan 'kerajaan' dan pembangkang' perlu menggunakan huruf besar pangkal perkataan seperti contoh ayat yang berikut; "Pihak kerajaan menang dalam undi belah bahagi yang dicadangkan oleh pihak pembangkan" Sekian terima kasih.

Perkataan kerajaan dan pembangkang tidak perlu dieja dengan huruf besar kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Walau bagaimanapun, jika perkataan tersebut digandingkan dengan nama tempat, negeri atau yang seumpamanya, maka perkataan tersebut menjadi kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf besar. Contohnya, Kerajaan Malaysia.

Ejaan11.01.2022

Kembali ke atas