Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.han] | بلهن

Definisi : 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalik-balik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.han] | بلهن

Definisi : 1 retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2 bahagian sesuatu yg sudah dibelah: ~ betik itu disimpan dlm peti ais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belahan

Puisi
 

Berkawan melayang ke kuala,
     Hinggap mari di dahan duku;
Manakala dikenang hatiku gila,
     Cintakan puteri belahan jiwaku.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbandingan antara kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dan sertakan contoh ayat yang sesuai dan tepat bagi penggunaan kata sendi nama "bagi" dan "untuk".Makna 'bagi' ialah a) untuk, buat. Contoh ayat buku ini sebenarnya ~ adikmu; b) untuk (drpd pihak): ~ kami, itu yg sesenang-senangnya; c) untuk, sebagai: ia menerangkan ini ~ menjawab desakan-desakan pihak pembangkang; ~ kali pertama, Amerika Syarikat telah melancarkan kapal angkasa; 2. = bahagi penggal atau belahan drpd sesuatu benda.Tatabahasa29.12.2009

Kembali ke atas