Soalan: (Sayur-mayur) yang dijual di pasar malam itu (segar-bugar) dan murah (belaka-belaka). Mengapakan penggunaan kata ganda (belaka-belaka) salah? Apakan cara untuk membezakan kata ganda yang betul atau salah? Harap pekerja DBP boleh membantu saya menyelesaikan masalah ini. | Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah Sayur yang dijual di pasar malam itu segar dan murah belaka. | Tatabahasa | 03.04.2013 |
Apakah perbezaan antara tiga yang berikut? tinggi-tinggi belaka tinggi belaka tinggi-tinggi | Frasa yang betul ialah tinggi-tinggi belaka dan tinggi-tinggi bergantung pada konteks ayat yang digunakan seperti Pohon di taman itu tinggi-tinggi belaka dan Pejabat kami dikelilingi bangunan yang tinggi-tinggi. | Makna | 25.02.2012 |
Yang manakah betul: sedap belaka sedap-sedap belaka | Frasa yang betul ialah 'sedap belaka' kerana perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 24.08.2014 |
makanan di sini mahal belaka. tuan, adakah mahal-mahal belaka atau mahal belaka betul? tq | Ayat yang betul ialah: Makanan di sini mahal-mahal belaka. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Selamat pagi. Saya masih musykil tentang penggunaan "belaka" a) Murid-murid itu amat bijak-bijak belaka. b) Murid-murid itu amat bijak belaka. c) Murid itu bijak-bijak belaka. d) Murid itu amat bijak belaka. Yang manakah betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: b) Murid-murid itu amat bijak belaka. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
1. masakannya sedap-sedap belaka 2. masakannya sedap belaka Encik/ Puan, ayat yg mana betul dan kenapa? mohon pencerahan... | Ayat yang betul ialah masakannya sedap belaka. | Tatabahasa | 03.12.2015 |
1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ? | 1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya? | Lain-lain | 22.02.2014 |
Adakah ayat di bawah betul?Kata ganda di bawah agak mengelirukan saya. -Kuih-muih itu semuanya sedap-sedap belaka. | Ayat yang betul ialah 'Kuih-muih itu sedap belaka'. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sedap. | Tatabahasa | 28.08.2012 |
Anak-anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak Pak Ali pandai-pandai belaka. Anak-anak Pak Ali pandai belaka. Ayat manakah yang betul dalam penggunaan kata ganda? Sila jelaskan. Terima Kasih, tuan | Anak-anak Pak Ali pandai belaka, gandaan sebagai penanda jamak iaitu menandakan jumlah yang banyak. | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Yang manakah betul ? (a) Anak-anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (b) Anak Pak Abu cantik-cantik belaka. (c) Anak-anak Pak Abu cantik. (d) Anak-anak Pak Abu cantik belaka. (e) Anak Pak Abu cantik belaka. | Ayat yang betul ialah ayat (b), (c), (d) | Tatabahasa | 05.03.2010 |