bolehkah frasa bersempena diikuti dengan perkataan 'dengan' di belakangnya.. (bersempena dengan) terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersempena dikuti dengan perkataan dengan. Contoh ayat: Tarikh pelancaran Persekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam, frasa 'taman negara' perlu ditulis dengan huruf kecil jika tidak disertai nama tempat di belakangnya. Betul atau tidak? Terima kasih. | Ya, betul dieja ‘taman negara’ kerana bukan kata nama khas. | Ejaan | 14.07.2014 |
Cikgu, kata dasar yang menerima ber-...-an perlu menerima kata sendi nama atau tidak jika belakangnya ialah kata nama yang berperanan sebagai objek? Contohnya: berhampiran dengan kedai runcit atau berhampiran kedai runcit? | Ayat yang gramatis ialah "...berhampiran kedai runcit". Namun begitu, ayat "...berhampiran dengan kedai runcit" juga tidak salah. | Tatabahasa | 18.05.2014 |
Nisha Naviletchu Aug 25th, 10:48pm Maaf, tumpang tanya, boleh tak kalau sesuatu perkataan ada imbuhan, memper- , belakangnya ditambah -kan- , contoh: mempergunakan, memperluaskan terima kasih | Apitan memper... digunakan dengan kata adjektif. Apitan memper...kan digunakan dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Mohon pencerahan, bagi penggunaan arahan soalan dalam buku latihan murid seperti: Warnakan Tuliskan Suaikan Padankan Tandakan Adakah perlu dibuang "kan" di belakangnya? | Untuk makluman, perkataan seperti "Warnakan", "Tuliskan", "Suaikan", "Padankan" dan "Tandakan" perlu dikekalkan penggunaan "-kan" kerana bertujuan memberikan perintah atau arahan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448. | Tatabahasa | 24.07.2025 |
Salam 1Malaysia, Tuan, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kain layang atau 'cape' yang dipakai oleh hero Superman di belakangnya? Terima kasih. | Istilah cape dalam bidang Kesenian diterjemahkan kepada mantel. | Istilah | 23.03.2012 |
Salam sejahtera tuan, adakah frasa ramah-tamah sekali betul? Terima kasih. | Ramah-tamah membawa maksud sangat ramah. Penggunaan kata penguat di belakangnya tidak perlu dan dianggap lewah. | Lain-lain | 29.09.2021 |
Salam sejahtera. Apakah penggunaan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi "road train"? Kenderaan ini merupakan sejenis kenderaan seperti trak besar yang boleh menarik beberapa buah treler di belakangnya, seperti kereta api. Terima kasih. | Perkataan road train memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tren tunda. | Istilah | 01.07.2015 |
Salam, saya ingin bertanyakan istilah bahagian kereta. Apakah nama bahagian kereta yang di belakang (tempat meletak barang)? Perkataan bonet digunakan untuk bahagian depan (yg menutupi enjin). Jadi, apakah nama bahagian belakangnya?Adakah but kereta? Tetapi istilah but kereta tiada dalam kamus dewan edisi keempat. Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih. | Istilah yang betul ialah but. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boot boot diterjemahkan kepada but dalam bahasa Melayu yang merujuk ruang mengisi barang di dalam kereta, selain bermaksud kasut. | Istilah | 27.03.2014 |
1. Apakah perbezaan antara belakangan dan kebelakangan 2. cara menggunakan perkataaan tersebut | Belakangan merujuk kepada kebelakangan yang membawa maksud akhir-akhir ini. Perkataan kebelakangan hendaklah diikuti dengan ini di belakangnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 26.10.2008 |