Salam sejahtera. Saya ingin menyemak terjemahan yang sesuai untuk fabrik "heather"iaitu sejenis fabrik berwarna yang dicampurkan poliester hitam atau putih. Mana yang lebih sesuai? Fabrik corak rintik, fabrik corak belang-belang atau fabrik corak capuk. Terima kasih. | Perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun demikian, berdasarkan konsep yang diberikan, kami mencadangkan fabrik heather diterjemahkan kepada fabrik rintik atau fabrik kurik. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.08.2018 |
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra. | Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih. | Makna | 20.11.2013 |
1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan. 1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas jalan di lintasan belang. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama atau Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang | Maklumat yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ialah "Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama" yang bermaksud orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Untuk maklumat lanjut http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harimau&d=11 | Lain-lain | 11.10.2015 |
apakah maksud sebenar 'tunjuk belang' yang biasanya digunakan dalam perbualan atau cerita? | Tunjuk belang ialah simpulan bahasa yang bermaksud "menampilkan sifat sebenar". | Lain-lain | 10.07.2007 |
Tuan , saya ingin tahu manakah penyataan yang betul untuk ayat-ayat di bawah I Anak itu menyangka orang itu bapanya. II Adik menamai kucing itu Si Belang. i)Ayat di atas mengandungi dua objek. ii) Frasa (bapanya dan Si Belang) ialah penerang. iii) Kedua-dua ayat di atas dapat dipasifkan. iv) Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja tak transitif. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. | 1. Ayat tersebut masing-masing mengandungi satu objek. 2. Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
1. memberi dorongan / memberikan dorongan 2. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada kita/ Membaca mendatangkan banyak faedah kepada kita. 3. Apabila tiba di / ke lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan kanan sebelum melintas jalan. 4. Kita harus sentiasa berjaga-jaga demi menjaga keselamatan kita/ keselamatan kita. | Berikut ialah jawapan yang betul: 1. Memberikan dorongan tetapi perlu ditambah kepada siapa. 2. Kedua-duanya betul. 3. Apabila tiba di lintasan belang, kita harus menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas (telah tiba, gunakan "di"). 4. Kita harus berjaga-jaga demi keselamatan kita. | Tatabahasa | 21.04.2010 |
Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan berikut: Kuda belang itu berlari................. pilihan jawapan (laju / kencang) | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu. | 1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru. 10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju. 11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 24.10.2011 |
maksud penyakit sopak dan kusta | Merujuk Kamus Dewan, penyakit sopak ialah penyakit kulit (berbelang-belang putih pd tangan atau kaki). Kusta pula ialah sejenis penyakit yg merosakkan kulit atau daging dgn menyebabkan bahagian-bahagian anggota atau tubuh pecah-pecah dan bernanah dan merosakkan jari-jari tangan dan kaki. Untuk mengetahui sesuatu maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan atau mengenai penyakit ssila rujuk pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau klinik yang berdekatan. | Makna | 26.08.2008 |