Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.tu/] | بلاتوق

Definisi : sj burung dlm famili Picidae, jelatuk, pelatuk; ~ ara, Pigaus xanthopygaeus; ~ biji nangka, Micropternus brachyurus; ~ gunung, Picus canus; ~ hijau, Picus vitatus; ~ mas, Picus puniceus; ~ merah, Picus miniaceus; ~ pinang, Dinopium javanense; ~ punggur, Blythipicus rubiginosus; ~ raja, Picoides cathpharius; ~ rotan, Picus viridanus; punggur tumbang, ~ menumpang mati prb terlibat dlm kesalahan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.tu/] | بلاتوق

Definisi : nama sj burung berjambul dan suka hinggap pd batang kayu, Picus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belatuk

Puisi
 

Burung belatuk jambul merah,
     Sepakat dengan rajawali;
Minta ampun kepada Allah,
     Minta syafaat kepada nabi.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong berikan contoh ayat yang menggunakan "salah satu" dan "satu daripada" mengikut konteks.

Contoh penggunaan kata "salah satu" dan "satu daripada" dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Congkak merupakan salah satu jenis permainan tradisional.
2. Sapsucker merupakan satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk.

Tatabahasa17.04.2025

Kembali ke atas