Adakah perkataan seperti "badai", "tonggak", "belenggu", dan "samudera" merupakan bahasa serumpun dalam bahasa Melayu. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sesuatu perkataan itu merupakan bahasa serumpun atau tidak. Terima kasih. | Terdapat sebelas pola suku kata dasar, iaitu 1. V; 2. VK; 3. KV; 4. KVK; 5. KKV; 6. KKVK; 7. VKK; 8.KVKK;9. KKVKK; 10. KKKV 11. KKKVK. Pola 1 hingga 4 ialah empat macam pola suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Mleayu. Pola 5 hingga 11 ialah tujuh pola suku kata yang terdapat padanya huruf konsosnan rangkap atau gugus konsoanan, iaitu yang diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau bahasa -bahasa Eropah yang lain. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbitan DBP. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Saya ingin mencari novel Fiksyen Indonesia Moden. Novel tersebut ialah Siti Nurbaya Karangan Marah Rosli, Belenggu Karangan Armijn Pane dan Keluarga Gerilya karangan Pramodeadya Anantatoer | Saudara boleh mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Saudara juga mungkin boleh meminjamnya dari perpustakaan negara atau perpustakaan negeri atau dari Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan melihat nama penerbitnya untuk memesan terus daripada penerbit. Saudara juga boleh memohon bantuan perpustakaan untuk mendapatkan alamat penerbit. | Lain-lain | 04.07.2009 |
Apakah istilah untuk "shackle" dan "mooring chain shackle and swivel" dalam Bahasa Melayu? | Cadangan padanan bagi istilah shackle dalam bahasa Melayu ialah belenggu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 15.10.2024 |
Salam 1Malaysia. Saya ingin memohon kepastian sama ada penggunaan perkataan "agen perubahan sosialisasi masyarakat" dalam ayat berikut sesuai digunakan atau ada ayat lain yang pihak tuan cadangkan. Terima kasih. Contoh ayat. Untuk mencapai status negara maju, guru memainkan peranan penting untuk membawa murid dan masyarakat setempat keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu, sebagai agen perubahan sosialisasi masyarakat, guru perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertentu supaya murid-mudid dapat pelbagai dimensi pendidikan iaitu literasi asas, literasi bahasa, literasi budaya, literasi sosial, literasi ekonomi, literasi politik, literasi agama, dan literasi intelektual. | Lihat maksud sosialisasi dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosialisasi, dan perkataan sosialisasi tidak dapat difahami dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis. | Lain-lain | 06.12.2015 |
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih | Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan. Sila pastikan fakta yang betul dan tepat. | Lain-lain | 27.01.2021 |