Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lia] | بليا

Definisi : 1. muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); 2. pemuda; 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lia] | بليا

Definisi : orang yg sudah akil baligh tetapi belum tua lagi; orang muda; pemuda atau pemudi: Persatuan Kelab ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Ayat yang betul ialah:
1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai.
2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan.
Tatabahasa01.08.2018
adakah perkataan belia-beliawanis atau belia dan beliawanis tepat digunakan?Perkataan yang betul ialah belia dan beliawanis.Istilah02.07.2009
Penggunaan yang betul antara "belia tunggak negara" atau "belia tonggak negara"?Jawapan yang lebih tepat ialah "belia tonggak negara"Lain-lain02.09.2019
apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia?

1.    Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~

2.    Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.06.2008
APAKAH MAKSUD KONVENSYEN BELIA DAN BAGAIMANA HENDAKLAH MENGANJURKAN SESUATU KONVENSYEN.ADAKAH SAMA DENGAN FORUM ATAU DIALOGKonvensyen belia ialah satu persidangan yang diadakan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan belia dan melibatkan pembentangan kertas kerja. Persediaan untuk menganjurkannya sama juga dengan persediaan untuk menganjurkan forum atau dialog. Forum dan dialog biasanya tidak melibatkan pembentangan kertas kerja.Lain-lain26.09.2008
Apakah Takrifan belia mengikut kamus Dewan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. muda 2. pemuda 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudiMakna13.09.2011
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaruPengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita).Makna23.06.2009
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya?Selamat ptg.

Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan 'belia benci dadah'? perlukan jawapan segera..Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat berkaitan slogan 'Belia benci dadah'. Sila rujuk agensi yang menggunakan slogan tersebut dalam kempen/promosi kegiatan yang dianjurkan.Lain-lain13.02.2011
Cadangan bagi terjemahan 'pasukan keselamatan belia' untuk sebarang maklum balas atau pembetulan yang boleh memberikan impak lebih yang baik hasil dari penjenaan pasukan tersebut. senarai berkenaan adalah seperti yang berikut; ANGAKATAN SUKARELA MUDA KDN (ASMK) PASUKAN SUKARELA MUDA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KDN (PASUKK) KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1KDN (KMK 1KDN) ANGKATAN MUDA AMAN KDN (AGMA) / (AGAMA) ANGKATAN MUDA : KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN BRIGED BELIA KESELAMATAN BRIGED KESELAMATAN MUDA 1KDN (BKMK @ BKM1K)Setelah perbincangan diadakan, kami berpendapat nam yang paling baik dan sesuai digunakan ialah KESATRIA MUDA KESELAMATAN 1 KDN (KMK 1 KDN). Untuk makluman, ejaan "KESATRIA" adalah salah, dan ejaan yang betul ialah KESATRIAN. Ejaan "1KDN" juga adalah salah dan perlu dieja berasingan, iaitu 1 KDN. Perkataan kesatria lebih sesuai dan lebih memberi impak kerana kesatria bermaksud "orang yang gagah berani", berbanding dengan perkataan "angkatan sukarela, pasukan sukarela dan angkatan muda" yang kurang memberi impak. "BRIGED" pula tidak sesuai kerana dalam kamus Dewan Edisi Keempat, briged bermaksud divisyen tentera yang biasanya terdiri daripada markas, beberapa unit penempur (misalnya batalion infantri atau rejimen kereta perisai) dan unit penyokong.Tatabahasa02.05.2014
1234

Kembali ke atas