Kami akan mengadakan belian hebat gudang pada tarikh bukan hari jualan yang ditetapkan oleh KPDNKK, apakah ayat tajuk yang sesuai diguna. Cadangan saya ialah BELIAN HEBAT GUDANG tetapi tidak lulus dari pihak PBT Terima kasih. | Pihak syarikat menawarkan jualan bukan belian. Frasa yang betul ialah Jualan Gudang (iaitu pihak syarikat) yang Hebat, dalam bentuk penamaan diringkaskan menjadi "Jualan Gudang Hebat". | Lain-lain | 22.04.2015 |
Jason berkerut dahi melihat belian isterinya. Betulkah susunan bahasa dalam ayat di atas? | Ayat yang gramatis Jason berkerut dahi apabila melihat belian isterinya. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Ahmad Faisal Abd Rahman SUN 18:07 Ahmad Faisal Abd Rahman Ahmad Faisal Assalamualaikum. Boleh saya tahu, adakah pihak tuan ada menyediakan perkhidmatan belian buku secara pos/online? Saya berminat untuk membeli karya2 arwah guru saya; ustaz azman al-kurauwi. Terima kasih atas perhatian dari pihak tuan | Waalaikumussalam. Encik boleh menghubungi Bahagian Pemasaran melalui talian 0341012328 | Lain-lain | 04.12.2016 |
Apakah terjemahan yang tepat bagi perkataan "stakeholder" dalam konteks Perjanjian Jualbeli tanah. Dalam konteks ini "stakeholder" memegang deposit yang dibayar oleh Pembeli sementara baki bayaran belian dijelaskan kepada Penjual. | Terjemahan bagi "stakeholder" tersebut ialah pemegang amanah. | Makna | 02.05.2014 |
Salam sejahtera tuan/puan, Dilampirkan fail untuk rujukan tuan/puan. Terima kasih. | Cadangan padanan bagi perkataan “overweight” ialah “berlebihan”, “underweight” pula “berkurangan” dan “trading buy” ialah “belian dagangan”. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2020 |
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "over-the-counter"? Ayat: Your buying decisions for over-the-counter drugs. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "over-the- counter" tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan untuk "over-the-counter drugs" ialah ubat belian kaunter. | Istilah | 07.05.2014 |
Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih. | Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2010 |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya? | Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada: 1. Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema 2. Pantun yang dijual mempunyai soalan 3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian tidak mendapat markah. Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih , 1. Pola rima dan suku kata 2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 3. Kemunasabahan pembayang maksud 3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah) 4. Sebutan yang jelas Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui, 1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun 2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud) 3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris) 4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan) Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik. | Lain-lain | 18.11.2010 |