Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |