Penjodoh bilangan untuk rebung yang belum dikuliti (belum dihiris dan belum dicencang): sepucuk, seketul atau sebatang? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang rebung. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Mengapakan frasa "belum masih cukup" salah dan frasa yang betul "masih belum cukup"?. Hukum tatabahasa apakah yang diguna pakai? | Perkataan belum dan masih merupakan merupakan kata bantu aspek. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh hador secara berderetan seperti pada halaman 396 dalam buku Tatabahasa Dewan. Penggunaan yang betul ialah masih belum mencukupi. Penggunaan belum masih tidak tepat dari segi makna yang hendak disampaikan. Contohnya dalam ayat Ali masih belum tidur dan Ali belum masih tidur. Ayat yang gramatis ialah ayat yang pertama yang mempunyai makna yang jelas. | Tatabahasa | 07.01.2018 |
1.Surat daripada Norehan, saya belum baca. 2. Surat daripada Norehan, belum saya baca. Mana satu yang betul. | 1.Surat daripada Norehan, saya belum baca. 2. Surat daripada Norehan, belum saya baca. Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 05.03.2015 |
soalan 1 1. Anizah _________ dinaikkan pangkat walaupun dia sudah berkhidmat selama 12 tahun A. belum pernah B. masih belum kenapa memilih jawapan tersebut soalan 2 Pilih jawapan yang betul A. Aziah tidak perempuan yang mementingkan harta B. Lawatan ke Sarawak itu tidak cadangannya. C.Ainah bukan mudah terpedaya akan pujuk rayu jurujual itu. D.Roti itu tidak buatan syarikat tempatan mana satu jawapanya?kenapa memilih jawapan tersebut | 1. Dari segi tatabahasa bahasa Melayu, kedua-dua jawapan yang diberikan, iaitu "belum pernah" dan "masih belum" adalah betul dan boleh digunakan. 2. Semua jawapan yang diberikan adalah salah kerana penggunaan perkataan "bukan" dan "tidak" adalah tidak betul. Soalan A, B dan D sepatutnya menggunakan perkataan "bukan", dan soalan C sepatutnya menggunakan "tidak". | Tatabahasa | 19.04.2012 |
Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau di Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti di Melaka atau Johor. Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau Johor. Yang manakah ayat yang betul? Terima kasih | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Ayat yang betul ialah Kami belum putuskan sama ada hendak bercuti ke Melaka atau ke Johor. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih. | Salam sejahtera, Soalan 1 Jawapan yang betul: (a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Soalan 2 Jawapan yang betul (a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
| Tatabahasa | 04.06.2017 |
Saya masih belum makan lagi. Adakah salah jika penggunaan kata bantu (masih & belum) yang lewah dalam ayat ini? Adakah kata penegas "lagi" merupakan unsur lewah dalam ayat ini? | Ayat yang gramatis Saya belum makan lagi. | Tatabahasa | 08.11.2017 |
(i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. (iii) Budak itu makan roti canai Ayat-ayat songsang yang manakah betul untuk ayat-ayat aktif yang terdapat di atas? (a) Meluluskan permohonan itu kami masih belum. (b) Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (c) Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (d) Memancing ikan kami sudah pernah di tepi sungai. (e) Roti canai budak itu makan. | (i) Kami masih belum meluluskan permohonan itu. Meluluskan permohonan itu kami masih belum. Permohonan itu kami masih belum meluluskan. (ii) Kami sudah pernah memancing ikan di tepi sungai. Memancing ikan di tepi sungai kami sudah pernah. (iii) Budak itu makan roti canai. Roti canai budak itu makan.
| Tatabahasa | 29.10.2015 |
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih. | "Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain". | Tatabahasa | 31.07.2007 |
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu | Maksud "Belum duduk sudah berlunjur": Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. "Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. | Makna | 23.02.2009 |