Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kahwin
Kata Terbitan : berkahwin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di dalam penulisan surat rasmi, apakah kata sapaan tepat untuk seorang pegawai atasan wanita yang belum berkahwin. Adakah ianya Cik, Puan atau Cik Puan? Sekian, terima kasih.

Gelaran Puan paling sesuai walaupun pegawai atasan tersebut belum berkahwin da puan adalah panggilan hormat untuk perempuan. Harap maklum.

Tatabahasa04.08.2008
pengggunaan perkataan 'tuan' di dalam surat merujuk kepada lelaki sahaja atau umum? bagaimana kalau penerima surat perempuan sudah berkahwin atau belum berkahwin?Dalam penulisan surat rasmi, tuan merujuk kepada lelaki dan puan merujuk wanita yang sudah berkahwin ataupun belum.Tatabahasa07.11.2008
Penggunaan perkataan "Puan" dan "Cik" dalam surat/sijil/ucapan rasmi. Mohon penjelasan. Terima kasih.Dalam konteks rasmi kata sapaan yang betul ialah "puan" bagi perempuan yang telah dan belum berkahwin.Lain-lain05.07.2012
Saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan cik dan puan. Sekiranya seorang wanita itu telah bercerai atau kematian suami, adakah panggilan bertukar menjadi cik atau masih kekal sebagai puan.Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik.Lain-lain13.06.2011
saya sering ditegur kerana menggunakan istilah PUAN sedangkan individu tersebut masih belum berkahwan. Dalam konteks rasmi, bolehkah saya gunakan istilah PUAN secara menyeluruh ataupun perlu disebutkan Cik juga?Kata sapaan 'puan' merupakan kata sapaan standard/umum seperti juga dalam penggunaan kata tuan. Walau bagaimanpun sekiranya kita tahu bahawa orang yang disapa itu belum berkahwin dan beliau ltidak selesa disapa sebagai 'puan' bolehlah disapa orang tersebut dengan sapaan 'cik'.Lain-lain08.05.2007
Apakah kata ganda untuk 'kaki lima'? Adakah penggunaan 'terpenting' dalam ayat berikut salah? Mengapa? Pemakanan merupakan faktor terpenting untuk menjaga kesihatan seseorang. Adakah penggunaan 'pergaduhan' dalam ayat berikut salah? Pasangan suami isteri itu reda dengan pergaduhan itu. Adakah penggunaan 'berduaan' salah dalam ayat berikut? Duduk berduaan di tempat sunyi merupakan satu kesalahan bagi pasangan yang belum berkahwin.Kata ganda bagi kaki lima ialah kaki-kaki lima. Penggunaan "terpenting" dalam ayat tersebut betul kerana ia menunjukkan yang paling penting. Pergunaan perkataan "pergaduhan" juga betul kerana ia juga membawa maksud "perkelahian". Dalam ayat seterusnya, perkataan "berduaan" boleh digunakan kerana ia bermaksud berdua sahaja atau cuma berdua. Selain itu "berdua-duaan" juga boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.07.2009
Saya ada dua soalan 1. Mana satukah antara kedua-dua ayat di bawah ini betul dan kenapa? a. Perkara di atas adalah dirujuk b. Perkara di atas dirujuk 2. Adakah sistem panggilan "puan"hanya layak bagi wanita yang telah berkahwin sahaja? Betul atau tidak jika saya mengatakan bahawa panggilan "puan" itu rasmi untuk semua wanita sama ada berkahwin mahupun tidak sementara panggilan "cik" kedudukannya sedikit rendah dari panggilan "puan" mengikut kedudukan mereka pada pandangan masyarakat. Sila tuan, beri penjelasan. Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah "Perkara di atas dirujuk".

2. Dalam urusan rasmi panggilan "puan" yang digunakan sama ada bagi perempuan yang sudah berkahwin atau belum berkahwin. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rasmi kita bebas menggunakan sapaan apa pun jua asalkan sopan pada pandangan masyarakat dan tidak menimbulkan rasa kurang senang pada yang disapa.

Tatabahasa03.03.2011
(1) Kata ganti nama encik masih boleh digunakan untuk wanita seperti yang terdapat dalam filem Melayu hitam putih. (2) Kata ganti nama cik pula boleh digunakan untuk lelaki seperti Cik Abu, Cik Bakar dan Cik Harun. (3) Adakah sumber rujukan berwibawa terbitan DBP yang mengatakan kata ganti nama cik itu khusus untuk wanita yang sudah berkahwin? Mohon penjelasan.Dalam Kamus Dewan encik ialah panggilan kepada orang lelaki yang sederhana kedudukannya atau gelaran yang digunakan sebelum nama orang lelaki yang tidak mempunyai sebarang gelaran seperti Datuk, Tengku, dan sebagainya, manakala cik biasanya digunakan sebelum nama perempuan yang belum berkahwin atau sewaktu bercakap dengan perempuan atau lelaki yang tidak begitu dikenali.Makna19.09.2009
soalan kedua saya ialah, panggilan "Ah Moi" pada perempuan berbangsa cina. Ada tak perkataan lain yang dapat mengganti panggilan ini dengan lebih sopan? Ini adalah kerana pada pendapat saya, panggilan ini dalam masyarakat cina terutama orang kantonis, maksudnya adik perempuan, tetapi pada sesetengah orang, panggilan sebegini adalah panggilan untuk orang gaji mereka. Kadang-kala, penggunaan panggilan ini akan menyebabkan situasi yang kurang sopan dan salah faham antara bangsa.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pada pandangan saya panggilan 'Ah Moi' lebih kepada dialek tempatan yang digunakan dalam daerah tertentu dan dalam konteks yang tidak rasmi. Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi gelaran tersebut. Oleh itu, untuk mengelak salah faham tentang penggunaan gelaran itu sebaik-baiknya kita menggunakan gelaran yang baik seperti 'cik' untuk yang belum berkahwin dan 'puan' untuk wanita yang telah berkahwin.Lain-lain10.12.2010
Benarkah panggilan / gelaran bagi seseorang janda itu ialah cik puan ? Atau hanya puan sahaja? Keadaan ini saya ada terjumpa / lihat di dalam buku aturcara sesuatu program di sekolah. Tolong beri penjelasan. Terima kasih.Sdr. skseritiram, secara rasminya memang kita gunakan gelaran puan, panggilan ini digunakan tanpa mengira seseorang itu sudah berkahwin atau belum.Makna16.07.2007

Kembali ke atas