Mengapakan frasa "belum masih cukup" salah dan frasa yang betul "masih belum cukup"?. Hukum tatabahasa apakah yang diguna pakai? | Perkataan belum dan masih merupakan merupakan kata bantu aspek. Kata bantu aspek menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Kata bantu aspek boleh hador secara berderetan seperti pada halaman 396 dalam buku Tatabahasa Dewan. Penggunaan yang betul ialah masih belum mencukupi. Penggunaan belum masih tidak tepat dari segi makna yang hendak disampaikan. Contohnya dalam ayat Ali masih belum tidur dan Ali belum masih tidur. Ayat yang gramatis ialah ayat yang pertama yang mempunyai makna yang jelas. | Tatabahasa | 07.01.2018 |
Qailulah adalah perkataan arab untuk tidur pada tengah hari atau nap. Bagaimana ejaan betul untuk perkataan ini. Terima kasih. | Perkataan qailullah belum ada dalam pangkalan data kami. Jika ejaan qiamullail diterima dalam bahasa Melayu dengan ejaan yang sedemikian, maka perkataan qailullah juga boleh diterima masuk dengan bentuk ejaan yang sedemikian. | Ejaan | 14.05.2013 |
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan istilah karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan membawa definisi yang hampir sama dengan caravan iaitu kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian. Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan. | Istilah | 16.11.2019 |
Salam sejehtera. A Soalan saya masih merujuk tentang "kata hubung berpasangan'. Oleh kerana perkara tersebut tidak terdapat dalam Tatabahasa Dewan, apakah status ayat-ayat berikut? 1. Sungguhpun dia miskin tetapi dia masih menghulurkan derma kepada orang lain. 2. Walaupun dia tidak dapat bersekolah, namun dia masih mengambil kelas tuisyen. B Adakah dua atau lebih 'kata hubung' boleh hadir di dalam satu ayat ? Jika ada, harap dapat tuan berikan contohnya. Terima kasih. | Kata hubung berpasangan walaupun ... namun dan sungguhpun ... tetapi tidak gramatis. Kata hubung walaupun (dan sungguhpun) lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti walaupun hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur dan sungguhpun tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Salam. Maaf,merujuk kepda pertanyaa saya pada 6.12.2018(sperti di bawah) tapi betulkah kesalahan ayat di atas telah disemak dengan betul. Saya rasa seperti orang yang memeriksa ini hanya copy paste sahaja sebab sebelum ini jika telah diperiksa, mereka akan betulkan ejaan atau tanda baca yang salah sekaligus. Mohon pencerahan. Tq Salam sejahtera AZMAZAIRA JAMALUDIN, Jawapan : Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. | Ayat dan perkataan yang ditanda hitam (bold) ialah kesalahan ejaan, huruf besar yang telah dibetulkan. Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. "Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung Kenari. Namun, burung hantu masih lena. Burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. Bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? Lebih baik saya berehat. Esok sahaja saya buat! Saya seorang diri tidak akan sempat kumpulkan semua jerami ini. Lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.
| Ejaan | 12.12.2018 |
1. Perkataan SEMASA, SEMOGA, BAHAWA, MANAKALA, AKAN, SELAGI, JIKALAU DAN TAKTALA a) penggunaan perkataan-perkataan di atas di dalam ayat b) bilakah perkataan - perkataan di atas ini boleh digunakan di dalam ayat. 2. | Tatkala bermaksud pada masa; pada ketika; pada waktu. Ayat Contoh: Tatkala itu, hari sudah gelap. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Ayat Contoh: Saya terpesona akan keindahan pantai pada waktu senja. Selagi bermaksud selama atau sementara (belum dan lain-lain 2. pd masa atau ketika. Ayat Contoh: Selagi ayah tidur janganlah kamu bising. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk melihat contoh penggunaan perkataan yang tuan/puan berikan tadi. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak? 1. Buku cerita yang baikialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaanya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca. 2. Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini. 3. Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun asihbelum bangun. 4. Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. 5. burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. 6. dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. 7. bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! 8. saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri. | Cadangan jawapannya yang betul adalah seperti yang berikut: - Buku cerita yang baik ialah buku yang dapat merangsang pemikiran pembaca menerusi penceritaannya. Inilah matlamat yang kami sasarkan kepada pembaca.
- Banyak lagi nilai murni yang boleh kamu dapati daripada buku ini.
-
Jiran kita ini pemalas. Sudah pagi pun masih belum bangun. -
Bangun burung hantu! Bangun!"jerit anak burung kenari. Namun, burung hantu masih lena. -
burung hantu haiwan yang aktif pada waktu malam. -
Dia membahagikan tugasnya kepada mereka supaya kerja lebih cepat disiapkan. -
bagaimanakah saya mampu menyiapkan kerja ini seorang diri? lebih baik saya berehat. esok sahaja sy buat! - saya seorang diri tidk akan sempat kumpulkan semua jerami ini. lebih baik saya tidur dan merehatkan diri.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.12.2018 |