| industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita. mengapakah kesalahan tatabahasa ialah membawa? apakah perkataan yang sesuai menggantikan perkataan membawa jika membawa adalah salah. | Merujuk Kamus Dewan antara maksud membawa ialah mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah membawa perubahan sebanyak itu. Berdasarkan keterangan makna dan contoh tersebut, ayat industri perikanan membawa sumbangan yang semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kita, betul cuma jarang digunakan. Yang biasa digunakan ialah memberi, padahal memberi juga bermaksud mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan. | Tatabahasa | 08.07.2008 |