Rujuk jawapan sebelum itu: perkataan belunjur wujud dalam kamus DBP Edisi ke-4: belunjur - mengunjur (kaki); | Harap maaf. Soalan tidak jelas. Sila kemukakan semula kepada kami. | Makna | 18.07.2011 |
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya? | 1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur). | Tatabahasa | 17.07.2011 |
salam..adakah imbuhan bel- terdapat dalam bahasa Melayu? | Tidak terdapat awalan bel- dalam bahasa Melayu. Bagi perkataan ajar dan unjur, gabungan awalan ber- dengan kata dasar menghasilkan bentuk kekecualian, iaitu belajar dan belunjur. | Tatabahasa | 21.07.2011 |
1. Terdapat perkataan belajar dalam bahasa Melayu. Adakah imbuhan bel- dalam bahasa Melayu untuk perkataan "belajar". 2. Adakah perkataan belajar itu kata dasar? Ataupun bel- itu ialah satu morfem dan ajar itu juga satu morfem? | 1. Bagi kata dasar ajar, gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar menghasilkan kata terbitan belajar, iaitu satu bentuk kekecualian. Sama seperti kata dasar unjur, gabungan dengan ber- menghasilkan belunjur. | Tatabahasa | 18.08.2010 |