Salam, Adakah benar tidak ada penambahan 3 imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Contohnya, mempertahankan, memperkemaskan, memperindahkan, mempersaudarakan dan lain-lain lagi. JIka tidak benar, apakah prinsip atau rumus untuk mengetahui bahawa terdapat 3 penambahan imbuhan dalam ayat bahasa Melayu? Terima kasih. | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, terdapat apitan kata kerja mempeR-...-kan. Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "mempeR-...-kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan (kata kerja), memperisterikan, memperbudakkan (kata nama) dll. Apitan mempeR-...-kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan mempeR-...-kan dengan kata nama membawa maksud kausatif. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208. | Tatabahasa | 10.12.2010 |
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya." | 1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. | Makna | 16.07.2013 |
Adakah penggunaan imbuhan "me" dan "kan" dibenarkan untuk perkataan " bumi" (membumikan)?. Contoh penggunaan judul buku : Membumikan Syariah atau maksudnya memasyarakatkan syariah. Adakah benar maksudnya begitu?. Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Perdana, membumikan bermaksud mengukuhkan dan mengembangkan. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan membumikan boleh digunakan dalam konteks seperti ayat berikut Kempen Kefahaman Syariah dilihat sebagai usaha untuk membumikan kesedaran undang-undang Islam dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 06.09.2022 |
Mohon penjelasan tentang kata penguat Yang manakah jawapan yang tepat dan alasannya 1. Puan Rosmaizan __________ semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. A. gembira nian B. gembira benar C. amat gembira sangat D. paling gembira sekali 2. Puan Sarimah _________ anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. A. mengirimi B. mengirimkan 3. Bagaimanakah kaedah terbaik untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah tentang penggunaan me...i dan men...kan. 4. Bagaimanakah pula cara menerangkan cara mudah penggunaan kata penguat dalam sesuatu ayat iaitu kesalahan dalam menggunakan kata penguat dalam ayat | 1. Puan Rosmaizan gembira nian semasa menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu semalam. 2. Puan Sarimah mengirimi anaknya yang menuntut di sebuah universiti di Jordan sekotak biskut sempena sambutan Hari Raya Puasa. 3. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, seperti Ayah menghadiahkan sebuah basikal kepada adik; dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa., seperti Ayah menghadiahi adik sebuah basikal 4. Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 21.04.2015 |
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........ | 1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
1.sata teramat gembira apabila ketahui khabar baik ini. adakah betul penyata ini? bolehkah teramat digunakan untuk bermaksud sangat? 2.dia melalui jalan itu atau dia lalu jalan itu? mengapa? 3.bahawa kegiatan samseng semakin berleluasa di sekolah adalah benar? adakah soalan ini salah dari segi ayat tergantung? 4.i)saya menghidangi tetamu makanan.(ii)saya menghidangkan makanann kepada tetamu. tetapi (iii) saya mengambilkan tetamu makanan. apakah beza ketiga-tiga ayat ini? apakah kontex kegunaan imbuhan me...i, me...kan? terima kasih atas bantuan yang dihulurkan | 1. Ayat itu betul, teramat gembira atau tersangat gembira. 2. Dia melalui jalan itu, kata kerja transitif perlu ada imbuhan me. 3. Ayat itu tidak lengkap. 4. Dua ayat itu betul, ayat ketiga sepatutnya Saya mengambilkan makanan untuk tetamu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda | Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pembangunan dan pengantarabangsaan. 2. Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang 3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Makna | 23.02.2009 |
Apa itu wargamas!!!! Ibu saya yang berumur 66 tahun terpaksa tunggu di Hospital Sultana Aminah Johor bahru bahagian (PEASAKI LUAR) selama 3 jam untuk ambil ubat.. Selepas mendapat nasihat doctor, lalu saya tumpang tanya dengan doctor "Ibu saya berumur 66 tahun, dia di category kan wargamas. Kenapa dia perlu tunggu sampai 3 jam" Doctor bercakap " NO WARGAMAS DI DISI CONSIDER 70 YEARS AND ABOVE" Adakah ini betul!!! Every state got different age for WARGAMAS... Help me to find-out.. Is't true!!!! Adakah ini benar.. | Warga emas ialah ungkapan yang sopan yang bermaksud orang tua. Walau bagaimanapun, had umur warga emas tersebut bergantung pada pihak tertentu termasuk hospital untuk mengklasifikasikannya. Saudara boleh juga menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan maklumat dari segi umur warga emas. | Lain-lain | 13.06.2012 |
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Iklan tuan telah difaks kepada nombor yang diberikan. Untuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 10.08.2012 |