Benarkan perkataan budaya merupakan akronim daripada kata 'budi' dan 'daya'? | Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Pandangan yang mengatakan "budaya" merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu "budhi" dan "daya" yang bermaksud kekuatan (kuasa, tenaga dan pengaruh) kecergasan fikiran dan akal mungkin ada kebenarannya kerana maksud "budaya" dalam Kamus Dewan meliputi maksud yang sama; iaitu 1. Tamadun, peradaban; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya); dan 3. bersifat budaya. Walau bagaimanpun, tuan/puan dinasihati menyemak pandangan tokoh-tokoh tempatan mengenai perkataan budaya seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan Prof. Dr. Shaharir Mohd Zain.
| Istilah | 24.06.2015 |
Benarkan bahawa pendapat yang mengatakan bahawa guru atau pelajar itu menandakan perkataan tunggal dan jamak sekaligus ? contoh ayat : 1. Guru di sekolah itu telah mengadakan lawatan ke Langkawi. 2. Pelajar Tingkatan Enam dikehendaki hadir ke sekolah pada petang ini. Kemusykilan : Adakah semua contoh ayat itu perlu menggunakan : 1. Guru-guru atau sekadar "Guru ". 2. Pelajar-pelajar atau sekadar "Pelajar". atau ada cadangan lain . Terima kasihj | Berdasarkan contoh ayat yang saudara berikan, perkataan guru dan pelajar tidak perlu dijamakkan kerana sudah menunjukkan makna banyak. Secara logiknya, dalam lawatan mestilah disertai oleh ramai orang. | Tatabahasa | 09.02.2009 |
Minta beri nasihat tentang terjemahan untuk yang berikut: Teks asal: Allow access to ... [sesuatu aplikasi mudah alih] Terjemahan: Benarkan akses kepada ... ATAU Benarkan akses ke ... | Terjemahan yang betul ialah Membenarkan akses kepada ... | Penyemakan dan penterjemahan | 24.03.2017 |
Assalamualaikum. Untuk ayat sumber 'Allow access to your camera' (pemilik telefon perlu membenarkan aplikasi mengakses kamera bagi tujuan tertentu), bolehkah diterjemahkan sebagai 'Benarkan akses kepada kamera anda' atau adakah lebih sesuai 'Benarkan akses ke kamera anda'? Saya ingin tahu perbezaan penggunaan 'akses ke' dan 'akses kepada'. Terima kasih. | Waalaikumussalam. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ke dan kepada tergolong dalam kata sendi nama. 1. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Contohnya: i. Mereka akan ke Kuantan esok. (menunjukkan tempat atau arah) ii. Ali menunggu temannya di perhentian bas dari pagi ke petang. (menunjukkan waktu atau masa) 2. Kata sendi nama kepada menunjukkan terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Oleh itu, berdasarkan huraian di atas, ayat yang betul ialah “Benarkan akses ke kamera anda.” Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.02.2017 |
1. adakah penggunaan perkataan BIKIN di benarkan dalam bahasa iklan contoh ayat " poket selamat, wangian hebat bikin orang terpikat" 2. mohon mendapatkan garispanduan penggunaan bahasa dalam iklan | Bikin ialah bahasa percakapan dan penggunaan bahasa percakapan dalam konteks rasmi (termasuk iklan) tidak dibenarkan. Iklan untuk paparan awam mesti menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul serta menggambarkan citra Malaysia. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Garis panduan menamai syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan, terbitan DBP. | Tatabahasa | 15.11.2011 |
1) pada zaman penjajahan jepun di negara kita dahulu, pengunaan bahasa jepun sahaja di benarkan pada zaman itu dan di larang sama sekali mengunakan bahasa lain. Kenapakah negara kita tidak mewajibkan mengunakan bahasa kebangsaan kita sahaja dan dilarang sama sekali mengunakan bahasa lain seperti yang digunakan pada zaman penjajah jepun terdahulu. Sedangkan dengan cara itu juga mungkin kita dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? 2) Apakah punca-punca rakyat negara kita tidak dapat membangunkan semula bahasa kebangsaan kita, sedangkan negara kita sudah maju ke hadapan. | Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perpaduan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi negara ini. Walau bagaimanapun pembelajaran bahasa lain selain bahasa Melayu tidak dilarang. Sehingga kini bahasa kebangsaan kita sudah pun berkembang hingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya beberapa pusat pengajian bahasa Melayu antaranya di Korea, Jepun, China dan United Kingdom. Oleh yang demikian berdasarkan fakta ini tidak timbul isu bahawa bahasa kita tidak dapat dibangunkan. | Lain-lain | 13.05.2008 |
selamat petang tuan, minta tolong tuan, sila luluskan papan iklan saya..sebab Pegawai MBJB tidak benarkan saya berniaga tanpa kelulusan dari pihak tuan, sila luluskan papan iklan saya secepat mungkin, sudah 3hari saya hantar permohonan saya...ribuan terima kasih kepada tuan.... | Sila nyatakan No. Permohonan iklan anda bagi memudahkan semakan kami. | Lain-lain | 02.06.2020 |
Salam, Ingin tahu sekiranya dalam iklan TV versi Bahasa Malaysia ada penggunaan perkataan Bahasa Inggeris seperti dalam lampiran, adakah di benarkan? | Iklan atau visual paparan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang betul. Jom Mr. Salonpas tidak boleh diterima kerana makna tidak jelas dan sukar difahami. Cadangan frasa yang lebih sesuai ialah Jom gunakan Mr. Salonpas. | Makna | 30.06.2020 |
Saya ingat bertanya mengenai tatabahasa. Boleh ke imbuhan di-an digunakan pada akhir ayat? cth: 1. aplikasi itu sedang dijalankan. 2. Benarkan item untuk dimuatkan. | Ayat yang betul ialah i. Aplikasi itu sedang dijalankan ii. Item untuk dimuatkan. | Lain-lain | 02.05.2018 |
WED 17:24 Islam Iman Dan Ihsan Islam Iman t.kasih atas maklumat yang diberikan. saya ada satu permintaan. saya dapati soalan saya telah diletakkan dalam ruangan soalan lazim di laman web DBP. saya benarkan, cuma saya harap pihak DBP lebih sensitif (sekurang-kurangnya tanya atau minta kebenaran) dengan maklumat saya di hujung soalan tersebut. saya mohon bahagian nama saya, alamat, no tel dan sebagainya di hujung soalan itu dipadam. | Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul, sila hubungi kami melalui talian 03-21479691/9692/9693 dan berikan maklumat yang lengkap untuk tindakan kami. Maklumat berkenaan juga boleh disalurkan melalui portal "Khidmat Nasihat Bahasa DBP". | Lain-lain | 08.02.2017 |