Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup? | Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup? | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku" | Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunan | Baka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat. | Makna | 22.07.2009 |
Slm, Mohon semak ayat di bawah: -Jumlah serangga merangkumi 90% daripada benda hidup di bumi. TQ | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 06.10.2016 |
NYATAKAN GOLONGAN KATA UNTUK 1. PEREMPUAN 2. KALANGAN 3. BENARKAH KATA 'IA' BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SELAIN DARIPADA BENDA HIDUP? | 1. Perempuan - kata nama 2. Kalangan - kata nama 3. 'Ia' merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan termasuklah orang, benda dan perkara. Oleh itu, 'ia' boleh digunakan untuk merujuk benda hidup atau bukan hidup. | Tatabahasa | 13.01.2011 |
boleh jelaskan penggunaan perkataan 'ia'? boleh digunakan sebagai kata ganti diri kepada manusia atau benda hidup? | Kata ganti nama "ia" tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga yang hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara. | Tatabahasa | 20.12.2012 |
salam 1 malaysia... saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "ia"... di sekolah ramai guru mengatakan ia hanya digunakan untuk benda hidup sahaja... adakah benar?atau ia boleh merujuk sesuatu.PRPM mengatakan boleh. saya ingi mengetahui hujahnya.. | Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, kami mencadangkan saudara mengikut seperti mana yang diajarkan oleh guru di sekolah. | Tatabahasa | 11.06.2012 |
Saya musykil dengan penggunaan kata ganti diri 'ia'. Bilakah 'ia' boleh digunakan? Ada yang mengatakan 'ia' hanya boleh digunakan untuk benda hidup seperti binatang. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan, ia TIDAK BOLEH digunakan sebagai ganti diri bagi binatang dan benda. Boleh tuan/puan yang bijaksana jelaskan? | Ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan, tetapi kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terdapat satu istilah yang sering diguna pakai dalam tulisan cereka sains inggeris iaitu "teleportation" atau "teleport" sebagai kependekan. Konsep "teleportation" adalah untuk memindah sesuatu, objek atau benda hidup, dari satu tempat ke tempat yang lain (merentasi ruang dan masa) dalam kadar segera, tidak sampai sesaat. Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut kepada "ghaib muncul" kerana jika diperhatikan filem cereka sains, apabila menggunakan "teleportation machine", benda atau orang itu akan ghaib dari tempat asalnya dan muncul di lokasi pilihan? Jadi, saya rasa istilah - istilah seperti "teleportation machine", "ability to teleport" dan "teleported" boleh diterjemahkan sebagai "mesin ghaib muncul", "kebolehan untuk ghaib muncul" dan "dighaibmunculkan". Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut; 1. teleportation machine - mesin teleportasi 2. ability to teleport - kebolehan/kemampuan/keupayaan teleportasi 3. teleported - diteleportasikan | Istilah | 18.07.2016 |
_____tanaman padi Psk Ali tidak menjadi akibat serangan perosak. a. Segala b. Seluruh C. Setiap jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih | Jawapan a. segala dan b. seluruh adalah betul. Sila lihat penerangan yang diambil dari Kamus Dewab Edisi Keempat: 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyembunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar. | Lain-lain | 17.04.2014 |