Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.de.rang] | بندرڠ

Definisi : sl orang yg membawa tombak di kiri kanan raja: kelima Tun Lekir ~ kanan, keenam Tun Lekiu ~ kiri; tombak ~ tombak yg dibawa di kiri kanan raja (tangkainya dihiasi dgn bulu kambing). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.de.rang] | بندرڠ

Definisi : sangat terang; bulan ~ bulan terang; membenderangi menerangi: tugasmu yg sebenar ialah ~ alam buana ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.de.rang] | بندرڠ

Definisi : terang benar (ttg cahaya atau warna): Bajunya merah amat ~. terang ~ amat terang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benderang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih.Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang.Tatabahasa25.06.2012
maksud peribahsa GELITA KERANA CINTA BENDERANG KERANA KASIHTidak terdapat peribahasa sedemikian dalam rujukan kami. Mohon dinyatakan sumber terdapatnya peribahasa ini.Lain-lain29.04.2008
Dewan yang gelap menjadi gilang-gemilang selepas semua lampu dipasang. Salam sejahtera, boleh tanya penggunaan kata ganda di atas "gilang-gemilang" sesuai atau tidak? Terima kasih.Kata ganda yang betul ialah "Dewan yang gelap menjadi terang-benderang selepas semua lampu dipasang".Lain-lain09.12.2023
assalammualaikum saya mohon bertanya boleh berikan maksud ayat di bawah Sepakat Ihsan, Persada Gemilang terima kasihBerikut makna bagi setiap perkataan:

SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata

IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan

PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat

GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang

Lain-lain10.01.2017
Universiti saya akan mengadakan majlis perutusan Naib Canselor kami. Jadi saya ingin bertanya adakah ayat ini sesuai untuk digunapakai sebagai tema majlis tersebut. Ayatnya ialah SEPAKAT IHSAN, PERSADA GEMILANG. Adakah ayat tersebut daripada segi maknanya sesuai untuk digunakan? Mohon bantuan DBP untuk memberi cadangan dari segi bahasa. Sekian, terima kasihUntuk makluman, penggunaan perkataan untuk tema yang dipilih kurang sesuai. Berikut makna bagi setiap perkataan:

SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata

IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan

PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat

GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang

Kami mencadangkan supaya pihak puan memilih tema dengan perkataan yang tepat.
Lain-lain10.01.2017

Kembali ke atas