Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (leg.) benefisiari; 2. one who gains, benefits (from st), (orang) yg mendapat /faedah, manfaat/ (drpd sst). (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beneficiary


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
no beneficiary bank chargescaj bank tidak dikenakanLain-lain11.06.2007
Salam. "allocate" mengikut PRPM bermaksud menguntukkan, mengagih-agihkan. Konteks ayat saya adalah berkenaan dengan allocation of land. Antara yang perlu saya terjemahkan adalah ayat di bawah: "(b) where the value of any interest or share in land or lot allocated to a beneficiary is less than the value of the share in the estate ..." Apakah padanan yang sesuai bagi "allocated" pada ayat di atas? adakah "diuntukkan"? Satu lagi, boleh kah allocation diberi padanan "peruntukan"? Apakah sebenarnya beza antara penguntukan dan peruntukan. Saya dapati, allocation boleh juga digunakan padanan "peruntukan" (PRPM-"allocation")

Padanan yang sesuai untuk perkataan "allocated" dalam ayat di atas ialah “diuntukkan” kerana perkataan “diuntukkan” memberi pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, perkataan “allocation” boleh diterjemahkan sebagai “peruntukan” yang membawa maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll.) yang ditetapkan (ditentukan).

Perbezaan penguntukan dan peruntukan adalah seperti yang berikut:

-       -Penguntukan: proses menguntukkan atau menentukan sesuatu

-       -Peruntukan: perihal atau hasil bagi sesuatu yang telah ditentukan


Penyemakan dan penterjemahan13.04.2020

Kembali ke atas