Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béng] | بيڠ

Definisi : (béng) bp (bkn minuman) dibubuhi air batu (ais): teh O ~; kopi O ~ (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah bahasa malaysia untuk cheng beng bagi kaum tionghua bersamaan dengan all souls' day bagi orang putihMengikut orang cina yang ditemui cheng beng bukan ' all souls day' kerana 'all souls day' pada mereka dikenali sebagai hari hantu atau dipanggil men lan ciek. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi mana-mana Pusat Bahasa di institusi tempatan untuk keterangan lanjut.   Lain-lain27.03.2008
Contoh ayat: Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dan/dengan rumah Ah Beng.Rumah saya terletak di antara rumah Hassan dengan rumah Ah Beng.Tatabahasa24.03.2011
Adakah ayat di bawah betul? Beng Huat sebagai ahli PBSM memberikan pertolongan cemas kepada Koreena yang terseliuh kakinya.Ayat itu betul.Tatabahasa13.02.2012
Salam... Benarkah kata pinjaman perlu disebut mengikut bunyi kata asal, bukannya secara sebutan baku? Contohnya: London (disebut Landen), bank (disebut beng), universiti (disebut yuniversiti) ?Dalam sistem bahasa Melayu baku, stiap perkataan disebut seperti ejaan termasuklah bank (bank, bukan benk) dan universiti (universiti, bukan yuniversiti). Walau bagaimanapun nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina.Tatabahasa03.08.2012
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya.Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan.Tatabahasa06.04.2013

Kembali ke atas