Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengis I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
warna yang garang. dari segi tatabahasa, bolehkah kita menggunakan perkataan garang dalam warna?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, entri garang mempunyai empat takrifan, iaitu  1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula. Berdasarkan takrifan ke-4, penggunaan garang untuk warna adalah betul.  Tokoh25.07.2010
Adakah penggunaan perkataan 'beku' di ayat bawah ini betul? (a) Hatinya menjadi beku apabila mendapat tahu berita itu.Penggunaan frasa hatinya menjadi beku sama dengan 1; letter-spacing: normal; line-height: normal; background-color: rgb(255,255,255); text-indent: 0px; -webkit-text-stroke-width: 0px;">hati telah beku lebih kepada bahasa percakapan sama halnya dengan 'hati kering'. Lazimnya yang digunakan oleh pengamal bahasa ialah 1; letter-spacing: normal; line-height: normal; background-color: rgb(255,255,255); text-indent: 0px; -webkit-text-stroke-width: 0px;">'hati batu' yang merujuk kepada individu bengis dan degil. Maka penggunaan "Hatinya menjadi beku apabila mendapat tahu berita itu." dalam ayat ini adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan12.12.2015

Kembali ke atas