Apa beza hati dan jantung | Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu: hati n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling mahal dan mempunyai mutu yg paling baik. jantung n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung, atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu. | Makna | 24.08.2023 |
Assalamualaikum. Merujuk kepada gambar yang dilampirkan, adakah penjodoh bilangan yang betul telah digunakan? (i) Sebatang pokok pisang. (ii) Seulas pisang. -atau- Sebiji pisang. (iii) Sesikat pisang. (iv) Setandan pisang. (v) Sebiji jantung pisang. Terima kasih. | Waalaikumussalam, Berdasarkan lampiran yang diberikan, penjodoh bilangan yang betul: 1. Sebatang pokok pisang 2. Sebiji pisang 3. Sesikat Pisang 4. Setandan pisang 5. Perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan, akan tetapi berdasarkan bentuk, sebiji jantung pisang yang paling hampir. | Tatabahasa | 15.08.2015 |
Bolehkah frasa 'akselerasi' digunakan berbanding 'pecutan' untuk terjemahan 'acceleration' dalam konteks 'cardiotocogram' (perubatan)? Hal ini kerana 'acceleration' yang digambarkan dalam 'cardiotocogram' tidak sama seperti dalam fizik. Terima kasih, | Dalam bidang perubatan (kardiotokografi), kardiotokogram merujuk rakaman denyutan jantung janin dalam bentuk graf dari segi kadar, amplitud, tempoh dan frekuensi ketika kontraksi uterus atau tiada kontraksi. Oleh sebab itu, padanan yang tepat dalam bidang perubatan menggambarkan keadaan tersebut ialah pecutan. Akselerasi ialah istilah yang lebih kerap digunakan di Indonesia. | Istilah | 17.12.2019 |
Salam sejahtera. 1) "Walaupun ibu Sara sudah lama meninggal, ibunya sentiasa di dalam hati Sara." Adakah perkataan "hati" digunakan dengan tepat di dalam ayat ini? 2) Di dalam rekod pertanyaan DBP, perkataan "heart shape" diterjemahkan sebagai "bentuk hati". Namun, saya agak keliru kerana "heart" dalam Bahasa Melayu ialah "jantung". "Liver" dalam Bahasa Melayu ialah "hati". Oleh itu, mengapakah "heart shaped" diterjemahkan sebagai "bentuk hati"? | 1) Penggunaan yang betul dalam ayat tersebut ialah dalam hati. 2) “Heart” dan “liver” diterjemahkan sebagai jantung dan hati mengikut konteks dan bidang. Tetapi, “heart shape” mempunyai maksud idiomatik yang berunsur metafora dan simbolik. Oleh sebab itu, “heart shape” diterjemahkan sebagai bentuk hati. | Tatabahasa | 20.05.2021 |
erkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. terima kasih, tuan.. tetapi kalau memberikan diikuti dengan kata nama tidak bernyawa. maka, jawapan sepatutnya sejumlah wang diberikan kepada pesakit dan bukannya diberi kepada pesakit. ) terima kasih kerana kekeliruan semakin kurang. | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. Oleh itu, ayat "Sejumlah wang diberikan kepada pesakit" adalah gramatis. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasih | Setakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi. Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh: siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana kepedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll disebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api disiram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali. Kamus Dewan Edisi Keempat lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati. Kamus Dewan Edisi Keempat mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang; maddah. Kamus Dewan Edisi Keempat lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II. Kamus Dewan Edisi Keempat gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll. Kamus Pelajar Edisi Kedua lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulangulang, bunyi berdentang-dentang. Kamus Dewan Edisi Keempat uak II bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu. Kamus Dewan Edisi Keempat rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak. Kamus Dewan Edisi Keempat siul = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung). Kamus Pelajar Edisi Kedua lengking bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal. Kamus Dewan Edisi Keempat | Lain-lain | 09.05.2014 |
( tuan,inilah penerangan tuan sebelum ini.) 1. Ayah memberi wang sakukepada saya. 2. Ayah membeli sepasang sepatu untuk saya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194 - 196. apabila objek sipi asal (wang saku dansepasang sepatu) berubah kedudukannya selepas kata kerja dan menjadi objek yang baharu manakala objek tepat yang asal (saya) berpindah ke bahagian akhir ayat dan menerima kata sendi namakepada atau untuk, kata kerjanya tidak mengandungi -kan. ( tuan, bagaimana pula dengan soalan sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin.) diberi atau diberikan digunakan. | 1. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 392 di bawah tajuk 13.4.2 Frasa Kerja dengan Dua Objek. Perhatikan contoh ayat yang diberi: 74. Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali. 75. Wanita itu membeli baju untuk anaknya. Kedua-dua contoh ayat tersebut mempunyai dua objek (objek tepat dan objek sisi) dan kata sendi nama. Tidak timbul isu perubahan kedudukan objek tepat dan objek sisi. 2. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. | Tatabahasa | 20.07.2011 |