Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bén.zin] | بينزين

Definisi : (bénzin) 1. petrol: derum enjin kereta memekakkan telinga manakala bau ~ pula mengganggu hidung; 2. sj minyak tanah: minyak ~ lampu gasolin itu yg mengalir keluar dan tumpah ke atas permaidani di bawahnya, dijilat api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bén.zin] | بينزين

Definisi : /bénzin/ 1 sj minyak tanah. 2 sj minyak yg mudah terbakar dan digunakan utk menjalankan enjin kereta dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benzin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan...
Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta.

Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta

Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan

Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan.

petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin.
Tatabahasa13.10.2012

Kembali ke atas