Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.bad.ra.bad]/[ber.a.bad.a.bad] | برابد-ابد

Definisi : beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratus-ratus tahun lamanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.bad.ra.bad]/[ber.a.bad.a.bad] | برابد-ابد

Definisi : beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berabad-abad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kelas kata dan etimologi (jika ada) bagi perkataan berabad-abad.Perkataan ‘berabad-abad’ termasuk dalam kelas kata adverba. Tiada maklumat berkaitan etimologi perkataan ‘berabad-abad’ dalam data DBP.  Makna15.10.2014
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih

Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries.

Istilah18.03.2022
Bersama-sama tergolong dalam golongan kata apa? Adakah Kata Bilangan Himpunan?Kata "bersama-sama" bukan tergolong dalam Kata Bilangan Himpunan.  Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.  Contoh Kata Bilangan yang membawa maksud bilangan ialah: beratus-ratus, ketiga-tida, berabad-abad.
Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkataan "sama-sama" termasuk dalam Kata Adverba penggandaan penuh.  Walau bagaimanapun kami tidak mempunyai maklumat untuk perkataan "bersama-sama"
Tatabahasa15.08.2016
1. Tolong senaraikan jenis kata bilangan. 2. Adakah kata bilangan tingkat merupakan satu jenis kata bilangan?Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
a) kata bilangan menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Tidak ada kata bilangan tingkat, termasuk dalam kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal.
Tatabahasa03.04.2013
saya keliru golongan kata bagi perkataan 'sebuah'. Perkataan 'sebuah' merupakan penjodoh bilangan atau kata bilangan atau kedua-duanya sekali. Semoga pihak Tn dapat memberi sedikit penerangan berkaitan perkataan tersebut. Harap pihak Tn. dapat membantu saya menyelesaikan kekeliruan yang saya hadapi. Jasa baik Tn. amat saya hargai.Sebuah merupakan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti sebuah peperangan, sebuah rumah, dua buah kerusi dan lain-lain.

Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa terebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
 a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Lazimnya kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Contohnya, beberapa buah kereta, dua buah rumah dan lain-lain.
Tatabahasa28.02.2013
Selamat petang tuan. Ingin saya tanyakan bahawa mengapakah binaan frasa seperti "memasak banyak makanan" tidak betul? Dr. Awang Sariyan menyalahkan binaan frasa perbuatan melampau (perbuatan melampau = kata kerja transitif) demikian kerana berpendirian bahawa kata "banyak" bukan kata bilangan, tetapi kata sifat, dan kata sifat tidak boleh diletakkan di antara perbuatan melampau dengan penyambut (objek) kerana menjadi sisipan yang menghalang kelangsungan hubungan perbuatan melampau dengan penyambut. Perbuatan melampau mesti dikenakan langsung terhadap penyambut. Saya pula tidak berijtihad atau berpendapat sedemikian. Saya merasakan bahawa "banyak" kata bilangan tak tentu seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan (keterangan ini ada dalam lampiran WordPad). Frasa perbuatan melampau seperti "memasak banyak makanan" terdiri daripada perbuatan melampau "memasak" yang disambut oleh penyambut frasa nama "banyak makanan", dan frasa nama itu terbahagi kepada kata bilangan tak tentu "banyak" sebagai penentu hadapan yang diikut kata nama inti "makanan". Diperhatikan bahawa "banyak" bukan sisipan, tetapi termasuk dalam frasa nama penyambut sebagai salah satu bahagian. Untuk pemahaman lanjut, sila tuan rujuk WordPad yang telah saya lampirkan. WordPad ini berisi soal saya tentang hal ini yang saya kirim kepada Dr. Awang Sariyan melalui e-mel beliau. Pinta tuan menolong saya menyelesaikan soal ini juga. Terima kasih atas iltizam dan kesudian tuan!Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu
 a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Pihak kami menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama.
Lain-lain07.11.2016
Soalan pertama: Apakah definisi Institusi? Soalan Kedua: Apakah yang dimaksudkan dengan "Institusi" yang bertanda bintang (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP, dan apakah yang patut ditulis pada ruangan tersebut? Agak membingungkan bagi pendaftar baru di kalangan orang awam. Terima Kasih.

Institusi bermaksud:

1. Badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Contohnya, institusi kewangan bank, institusi pengajian tinggi universiti atau maktab dan sebagainya.

2. Sesuatu seperti agama, ciri-ciri budaya dan lain-lain yang sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dalam masyarakat. Contohnya, institusi pawang, bomoh atau dukun yang sudah ada dalam budaya Melayu sejak berabad-abad lamanya.

 

Institusi yang bertanda (*) pada borang pendaftaran pelanggan/pengguna baru Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) DBP bermaksud seseorang pelanggan/pengguna itu daripada badan atau organisasi mana. Contohnya, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi, maktab, pelajar sekolah, pekerja swasta dan sebagainya.
Lain-lain12.02.2021

Kembali ke atas