Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradab 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah maksud kesantunan berbahasa, ciri-cirinya serta penggunaannya dalam masyarakat? 2) Contoh-contoh kesantunan bahasa yang diamalkan dalam masyarakat. 3) Senarai rujukan buku atau artikel untuk kesantunan berbahasa.Santun Berbahasa, secara umumnya merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Sdr bolehlah merujuk buku yang berkaitan, cuba layari Kawat melalui Laman DBP.Makna08.08.2007
Assalammualaikum... soalan 1 saya ingin bertanya maksud perkataan yang tidak terdapat dapat kamus Dewan 1) Babarisme 2)uca (cth ayat dalam sajak : Siapa mungkin mengutip kuasa uca) soalan 2 yang mana lebih sesuai? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima Kasih

1. Barbarisme bermaksud cara atau perbuatan yang tidak beradab.

2. Kata "uca" yang ditemui dalam pangkalan data kami ialah terjemahan head start dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang sukan. Berdasarkan ayat contoh he was given a head start in the race, head start atau uca dalam bahasa Melayu boleh membawa maksud kelebihan.

Makna29.06.2011
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih

berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169)

Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati.

Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung.

Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas.

Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat.



Makna04.02.2025
Saya ingin bertanya beberapa soalan, soalan-soalan ini ditanya dalam konteks kami ingin membuat skrip untuk teater Puteri Saadong: 1. Adakah "Ampun tuanku" digunakan sebagai tanda hormat kepada Puteri juga atau hanya digunakan untuk raja/sultan? Jika tidak, apakah ayat yang akan digunakan untuk menunjukkan tanda hormat rakyat kepada Puteri sebelum mula berbicara dengan seorang Puteri? 2. Bagaimanakah seorang rakyat membahasakan dirinya apabila berbicara dengan Puteri? 3. Apakah panggilan yang akan digunakan oleh seorang rakyat untuk memanggil Puteri apabila berbicara dengan Puteri? Adakah rakyat akan membahasakan Puteri sebagai "tuanku" atau "puteri" sahaja apabila berbicara dengan Puteri? Terima kasih.
Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini dengan Bahagian Istiadat, Istana Negara atau merujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. 
Lain-lain05.07.2023

Kembali ke atas