Apakah makna sinonim dengan lecak? | Lecak bermaksud becak, iaitu tanah yang berair dan berlumpur. | Makna | 21.09.2011 |
wujud tak perkataan lembab atau lembap? yg mana membawa maksud keadaan yg berair dan yg mana membawa maksud kurang/tidak bijak? terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat yang wujud perkataan lembap dengan maksud masih basah, tidak rancak, lambat atau kurang mencapai kemajuan, tidak cerdas, lemah, lembam. Perkataan yang membawa maksud kurang atau tidak bijak ialah lembam. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 916. | Makna | 16.06.2008 |
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasih | Pendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |