apakah maksud peribahasa "di rumah beraja-raja, di hutan berberuk-beruk"? Terima kaish | Maksud peribahasa tersebut ialah harus pandai menyesuaikan diri pd setiap keadaan. | Lain-lain | 14.10.2010 |
perbezaan antara sultan dan raja | Kata 'raja' biasanya lebih umum dari segi makna dan penggunaannya berbanding kata 'sultan'. Contoh: 'Raja bola'. Agak janggal kalau kita menyebut 'sultan bola'. Berikut dilampirkan makna sultan dan raja menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk rujukan saudara: Sultan: Ar raja (yg memerintah): S~ Pahang; S~ Perak; nafsu-nafsi raja di mata, ~ di hati = beraja di mata bersultan di hati prb melakukan sesuatu mengikut perhitungan sendiri (tidak mempedulikan teguran atau nasihat orang lain); Raja: 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; | Makna | 02.07.2009 |
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TK | Gelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 06.03.2013 |
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. | Makna | 17.04.2010 |
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat. | Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161. | Tatabahasa | 02.02.2010 |