Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ungkapan " Jika tidak ada keharmonian antara kaum, negara ini akan menjadi satu tempat hantu beranak. Didapati bahawa ada makna tersirat "hantu beranak". adakah 'hantu beranak' tergolong sebagai simpulan bahasa. Jika tidak boleh, apakah jenis bahasa figuratif yang sesuai untuk frasa tersebut. Terima kasih.Ungkapan "hantu beranak" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Berkemungkinan ungkapan tersebut hanya digunakan dalam kelompok tertentu.Tatabahasa14.06.2012
Bagaimana menyebut perkataan berikut : 1. beranak --> ber/anak atau be/ra/nak? 2. Peraturan --> Per/atur/an atau pe/ra/tu/ran?

Berdasarkan sebutan: be/ra/nak, pe/ra/tu/ran.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk maklumat lanjut.

Istilah21.11.2010
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
1.Bagi kependekan perkataan, harus diletakkan noktah. Bagaimana pula dengan 'Mohd', perlukah diletakkan tanda noktah? (Mohd.) 2. Boleh terangkan tentang kata sendi' kepada' dan 'pada'. Saya selalu keliru dengan penggunaannya. Contoh ayat: Pak cik akan bergantung pada peta ini bagi mencari rumah ibu. / Semuanya bergantung pada kemahiran awak membentangkan hasil kerja.

Puan,

  1. Sebenarnya tiada ringkasan untuk nama seperti Mohamad. Ia bergantung kepada pendaftaran nama seseorang itu pada kad pengenalan atau surat beranak.
  2. Kepada:  kata yg menunjukkan tempat atau arah yg dituju:Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Pada:  kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya.   Kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu.  Kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya.
Istilah22.08.2011
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010

Kembali ke atas