Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.a.na.lo.gi.kan]/ | برانالوݢيکن

Definisi : menggunakan (mempunyai) sesuatu sbg analogi: kesimpulan yg ~ fakta-fakta yg belum pasti kesahihannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.a.na.lo.gi.kan]/ | برانالوݢيکن

Definisi : menggunakan sesuatu sbg analogi: Hujahnya ~ fakta yg diperoleh drpd bahan rujukan lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranalogikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa khabar, Memandangkan pemayur adalah istilah dan kosa kata baharu dalam Bahasa Melayu bagi padanan vegetarian, bolehkah saya tahu akan kaedah DBP membina istilah tersebut? Adakah DBP menggunakan perkataan mayur dalam sayur - mayur dengan awalan pe- atau adakah mayur merupakan singkatan makan sayur beranalogikan istilah lama karnivor (maging =makan daging), herbivor (maun= makan daun) dan omnivor (maserba = makan serba) dilekatkan awalan pe- menjadi pemayur iaitu pemakan sayur.Untuk makluman tuan, istilah pemayur dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dengan kerjasama pakar bidang Teknologi Makanan. Tatacara pembinaan istilah telah diperhalusi oleh pakar bidang sebelum sesuatu keputusan dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarkan istilah yang telah dibina untuk kegunaan khalayak. Tanggungjawab kita sebagai pengguna ialah menyebarkan dan menggunakan istilah yang telah dibina. Walau bagaimanapun jika tuan bercadang untuk membuat kajian tentang pembentukan istilah bolehlah berhubung terus dengan bahagian yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi.Istilah13.03.2018
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan “mutiara kata”. Tajuk buku “Mutiara Kata Sasterawan Negara” terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati “mutiara kata” ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan “kata mutiara”, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya?Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa01.05.2012
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa  terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. 

Lain-lain27.01.2012
Tuan, Macam manakah agaknya 'pagar' memakan padi dan bolehkah pagar makan padi? Kita semua tahu yang 'pagar' itu adalah benda tidak bernyawa, anpa mulut dan sistem untuk menghazam makanan dan membuang apa-apa yang tidak di perlukan, seperti manusia atau binatang makan dan minum, menghazam apa yang di makan dan di minum dam sama ada membuang air beasr ataupun air kecil. Pagar tidak boleh buat semua itu. Burung Pegar atau Ayam Pegar (lihat gambar) adalah nama umum dari kelompok burung famili Phasianidae ordo Galliformes (pheasant), termasuk burung-burung jenis Kuau dan lain-lain. Mereka dicirikan dengan sifat dimorfisme seksual yang kuat, warna spesies jantan lebih cerah dan kaya warna serta memiliki ekor yang lebih besar dan panjang. Ukuran tubuh jantan umumnya lebih besar dari pada betina. Jantan tidak memiliki peran dalam membesarkan Burung Pegar muda. Burung Pegar umumnya memakan biji-bijian dan beberapa memakan serangga.

Saudara, seperti yang dinyatakan dalam jawapan sebelum ini mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Wallahua'lam.

Lain-lain27.01.2012

Kembali ke atas