Assalamu'alaikum. Soalan saya berkaitan istilah beranda rumah dalam dailek Terengganu. Setahu saya dan saya biasa dalam perbualan harian menggunakan 'Lambo' yang merujuk pada perkataan beranda rumah. Saya membuat pencarian di prpm, namun tidak saya temui. Paling dekat yang saya jumpa dalam prpm adalah 'Lambung' yang membawa maksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Adakah perkataan 'Lambo' asalnya daripada perkataan 'Lambung'? | Untuk makluman belum ada istilah dialek Terengganu bagi maksud Lambo dalam sistem PRPM kami. Walau bagaimanapun, istilah Lambo membawa maksud beranda. Manakala Lambung pula bermaksud 'tepi (kapal, badan, rumah). Maka Istilah Lambung dan Lambo memberikan dua maksud yang berbeza dan istilah lambung bukan berasal daripada dialek Terengganu atau perak iaitu Lambo. | Makna | 16.02.2016 |
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih. | Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut: BALKONI: Definisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat) BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.10.2019 |
adakah betul padanan jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut ? 1. vokal tengah = beranda 2. vokal belakang sempit = tulus 3. vokal depan separuh sempit = kole 4. vokal belakang separuh sempit = tolong | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, walau bagaimanpun kami cadangkan saudara rujuk buku yang berkaitan dengan fonetik seperti: Fonetik dan fonologi bahasa Melayu, | PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., | | 2008 |
Fonetik dan fonologi, | Gramedia Pustaka Utama, | | 1998 |
Pengenalan fonetik dan fonologi, | Dewan Bahasa dan Pustaka, | | 2006 |
| Tatabahasa | 26.08.2011 |
Permohonan saya untuk memasang papan tanda (signboard) restoran saya dengan nama dalam bahasa inggeris tidak lulus sebelum ini,pihak tuan meminta supaya disertakan terjemahan.Saya agak keliru kerana terdapat banyak restoran dan premis dengan nama atau jenama dalam bahasa inggeris tanpa terjemahan.Nama restoran saya 'Verandah' bermaksud beranda dalam bahasa melayu.Perlukah saya tulis terjemahan sekali pada papan signboard tersebut. | Perkataan yang diminta untuk diterjemahkan bukan nama Verandah tetapi keterangan tambahan di bawah itu, iaitu The Malaysian & Western Cuisine. | Lain-lain | 30.03.2017 |