Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berang-yang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian KumarKiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14.Lain-lain11.11.2010
Saya agak terkeliru dengan perkataan 'gusar' kerana selama ini setahu saya ia berkaitan dengan perkara-perkara yang memberikan gambaran risau, susah hati, dan sebagainya. Tetapi semasa saya merujuk kamus dewan, maksud gusar adalah berang, marah. Boleh encik komen.

Saudara,

Di dalam Kamus Besar yang sedang diusahakan penerbitannya oleh DBP, perkataan risau, susah hati dan sebagainya telah dimasukkan sebagai makna bagi perkataan gusar  selain makna berang dan marah.

Makna04.03.2010
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastianMerujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah.Tatabahasa26.07.2012
Saya hendak bertanyakan bahasa melayu yang dijadikan bahasa rasmi malaysia sekrang ini berasal daripada suku kaum apa?adakah minang,jawa,bugis atau yang lain.harap jawapan diberi secepat mungkin

1. Bahasa Melayu berasal daripada suku bangsa Melayu.

2. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain16.09.2009
SELAMAT PETANG, Harap dapat bantu saya. Yang manakah betul? 1) Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara, atau 2) Hakim menjatuhkan peslah itu hukuman? DalaApakah makna gusar sebenarnya? Adakah bimbang atau marah? Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Hakim menjatuhi pesalah itu hukuman penjara. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, gusar bermaksud berang atau merah.Tatabahasa18.06.2012
Assalammualaikum, Saya inginkan maklumat yang berkaitan assal usul bahasa Melayu. Bahasa Melayu kaya dengan bahasa pinjaman, tolong senaraikan bahasa Melayu asli ( nukan pinjaman )

1. Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

2. Bahasa Melayu asli ada 4 sahaja iaitu: padi, besi, babi, ubi.

Lain-lain08.04.2009
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya apakah ada ciri-ciri tertentu dalam pertuturan orang biasa dalam Bahasa Melayu Klasik yang membezakannya daripada Bahasa Melayu masa kini. Adakah bahasa yang digunakan dalam karya-karya Melayu awal seperti Sulalatus Salatin serupa dengan bahasa pertuturan orang biasa pada zaman tersebut? Dan bolehkah orang Melayu biasa dari abad ke-15 faham pertuturan orang Melayu zaman kini, dan sebaliknya? Terima kasih.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap, iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Lain-lain27.10.2018
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut

1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas.

2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan.

    bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya.

3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut.

Lain-lain09.09.2009
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat  mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin.Tatabahasa10.11.2014

Kembali ke atas