Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.ta.ra]/[ber.an.ta.ra] | برانتارا

Definisi : 1. mempunyai antara (selang, sela): rumah ini ~ empat meter dgn rumah itu; 2. tidak langsung, berselang waktu, tidak serta-merta: perubahan itu dibuatnya dgn ~; tiada ~ lagi tidak berhenti-henti, terus-menerus; dekat tak tercapai, jauh tak ~ prb sesuatu yg dekat dgn kita tidak dapat kita ambil kerana tiada upaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.ta.ra]/[ber.an.ta.ra] | برانتارا

Definisi : 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berantara

Peribahasa

Dipandang dekat,
     dicapai tak boleh.

Bermaksud :

Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya. (Peribahasa lain yang sama: Dekat tak tercapai, jauh tak berantara).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud lansungLangsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; Lain-lain04.08.2010
dia langsung tidak bimbang tentang risiko yang bakal dihadapinya. Munsyi, adakah langsung betul digunakan? TK

Saudara/saudari,

Langsung menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, 1. terus dan tidak berantara; lantas:Dia mencapai tuala mandi ~ ke perigi. 2. tidak tergendala; jadi: Pertandingan itu tidak ~ kerana hari hujan. 3. tepat dan tidak menyimpang:Dlm pertikaian ini, kami terlibat secara ~. 4. sedikit pun; sama sekali:Dia tidak mengambil berat ~ ttg hal rumah tangganya.

Merujuk pada konteks ayat di atas, penggunaan perkataan langsung merujuk kepada 'sedikit pun, sama sekali'. Oleh itu, penggunaan perkataan langsung dalam ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa01.09.2012

Kembali ke atas