Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1. (kata tanya) utk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll): ~ jumlahnya?; ~ harga buku itu? 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya): dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; 3. bagaimana, betapa: tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini; ~ pun bagaimanapun, betapa pun; 4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg menanyakan banyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapa

Puisi
 

Berapa tinggi pokok kubis,
     Tempat membuat ulam-ulaman;
Sedikit lagi jiwa nak habis,
     Tempat berbudi kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Bermaksud :

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

 

Lihat selanjutnya...(16)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan, Bolehkah puan jelaskan perkataan "berapa-berapa"?Menurut kamus dewan, tidak terdapat maklumat perkataan "berapa-berapa".Istilah27.11.2012
Setahu saya, partikal '-kah' harus diletakkan di belakang penjodoh bilangan dalam ayat tanya, misalnya, 'Berapa batangkah pen yang kamu ada?' Namun, dalam ayat seperti ini, 'Berapa kilometer...' partikal '-kah' harus diletakkan di belakang 'berapa' atau 'kilometer'?Berapa kilometerkah/berapa kilometer .......?Tatabahasa07.07.2010
a. Pukul bila sekarang? b. Pemeran itu diadakan pada pukul bila? Ayat (a) dan ayat (b) betul? Atau mesti menggunakan “pukul berapa” Jika jawapan ialah berapa, mengapakah masa menggunakan berapa?

Penggunaan yang betul ialah Pukul berapa sekarang? dan Pameran itu diadakan pada pukul berapa?

Untuk makluman tuan, berapa ialah kata tanya melibatkan bilangan, dalam hal ini masa kiraan pada jam. Perkataan bila pula menunjukkan masa sesuatu peristiwa atau kejadian berlaku (tarikh, masa tempoh).

Tatabahasa31.07.2018
Ingin menghantar sajak, tapi tak pasti berapa umur yang di hadkan untuk menghantar sajak kepada DBP. Anggarannya dari umur berapa ke berapa?Terima kasih atas pertanyaan sdr itu. Bagi menghantar sajak atau karya kreatif dan non-kreatif kepada penerbitan DBP, sebenarnya tiada had atau penetapan umur. Dalam hal ini, karya yang dihantar adalah bergantung kepada teks atau mutu karya tersebut. Karya tersebut bolehlah dihantar berdasarkan kepada sasaran peringkat umur pembaca iaitu majalah Dewan Pelajar (peringkat umur tujuh ke 12 tahun), Dewan Siswa dan Tunas Cipta  (umur 13 ke 15 tahun), Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat dan Dewan Kosmik (umur 16 tahun ke atas). Sekian dimaklumkan dan terima kasih jua.     Lain-lain19.07.2010
Betulkah penggunaan perkataan "berapa" dalam ayat ini? "Saya juga tak berapa kenal awak."Berapa ialah kata tanya dan digunakan dalam ayat tanya. Dalam situasi rasmi, ayat tersebut perlu ditukar menjadi "Saya juga tidak mengenali awak".Tatabahasa17.08.2016
Adakah betul ayat berikut : 1. "Tidak berapa lama kemudian....." : penggunaan berapa 2. "Mohon dibetulkan @ Mohon diperbetul @ Mohon diperbetulkan". Terima kasih.1. Penggunaan "berapa" dalam ayat satu (1) betul. 2. Mohon betulkanTatabahasa03.09.2015
Berapa kerapkah korpus DBP dikemas kini dan adakah semua terbitan bahasa Melayu dimasukkan ke dalam korpus tersebut?Korpus DBP telah dibangunkan beberapa tahun dahulu dan belum lagi dibuat kemas kini. Kami berpandangan tidak semua terbitan berbahasa Melayu dimasukkan dalam korpus, lebih-lebih lagi terbitan terkini. Sumber korpus boleh dilihat melalui http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx. Korpus DBP merupakan antara fungsi Bahagian Peristilahan, DBP.Lain-lain01.06.2020
Berapa suku kata bagi "JUADAH" dan "JUA"?Salam sejahtera,

1.Suku kata bagi JUADAH ialah JUA-DAH.
Manakalah JUA ilalah JU

Sekian, terima kasih.
Ejaan21.05.2020
Berapa jumlah kosakata bahasa Melayu?Kosa kata yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 sekitar 60,000. Sungguhpun begitu, masih terdapat banyak kosa kata yang tidak rakam, seperti yang digunakan dalam dialek, suku kaum dan banyak lagi.Lain-lain09.01.2019
Berapa jumlah kata bahasa Melayu?Menurut buku Tatabahasa Dewan, jumlah golongan kata dalam bahasa Melayu ialah 4, iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.Tatabahasa06.01.2019
12345678910...

Kembali ke atas