Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapakah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera... 1) Antara ayat berikut yang manakah benar? a) Berapakah orang di dalam bilik itu? b) Berapa orangkah di dalam bilik itu? a) Berapakah harga baju itu? b) Berapakah harga baju itu?1. Berapakah orang yang ada di dalam bilik itu? 2. Berapakah harga baju itu? Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 441 untuk keterangan lanjut. Tatabahasa27.04.2008
Saya ingin memohon kelulusan signboard untuk urusan lesen perniagaan. Adakah permohonan pengesahan signboard boleh dimohon melalui email dan berapakah bayarannya?Berapakah saiz kertas yang perlu dihantar?

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan dalam saiz kertas yang bersesuaian. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali  pada hari Jumaat, iaitu kaunter akan ditutup sebentar pada pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dan bayaran perkhidmatan dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Lain-lain15.11.2019
Berapakah lama untuk meluluskan iklan bagi syarikat?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain06.07.2015
berapakah caj yang dikenakan untuk menyemak ejaan bagi cetakan risalah produk racun perosak? (hanya 1 muka surat)Sila e-melkan dokumen tersebut kepada puan Putri Aishah Megar Ramli melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my.Penyemakan dan penterjemahan17.04.2015
berapakah suku kata bagi perkataan 'kuih'? adakah 2 suku kata atau 1? adakah 'ui' dikira diftong?Kuih mempunyai dua suku kata ku.ih. , ui bukan diftong tetapi vokal rangkap. 

Vokal berangkap ialah huruf vokal yang hadir secara berurutan dalam satu berkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh vokal rangkap ialah baik, cium dan  puisi.
Tatabahasa20.02.2014
Berapakah bilangan sebenar kata majmuk yang dieja bercantum dan apakah perkataan tersebut?Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa17.10.2013
Berapakah jumlah entri dalam kamus pelajar edisi pertama dan edisi kedua ? Sekian terima kasih.Jumlah entri Kamus Pelajar ialah 24,000 dan jumlah entri Kamus Pelajar, Edisi Kedua ialah 28,000.Lain-lain24.10.2011
Berapakah saiz font yang biasa digunakan dalam penerbitan buku untuk kanak-kanak / buku kerja sekolah rendah?Saiz fon yang biasa digunakan ialah 16 poin (tanpa serif)  bagi buku aktiviti sekolah rendah.Lain-lain27.07.2010
berapakah kosa kata dalam bahasa malaysiaTidak terkira banyaknya. Kosa kata bahasa Malaysia bertambah dari hari ke hari. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain kita tidak akan dapat satu bilangan yang tepat berapa jumlah kosa kata yang ada.Lain-lain21.10.2009
Berapakah perkataan yang dikira dalam "selain itu" dan "di samping itu"?

"Selain itu" sebanyak dua perkataan dan "di samping itu" sebanyak tiga perkataan.

Lain-lain09.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas