Assalamualaikum. Perkataan berarak, dimabil daripada perkataan arak ke? Boleh kah sy tahu asal usul pengambilan perkataan berarak? | Salam sejahtera, Tuan, Berdasarkan Kamus Dewan, arak merujuk kepada dua maksud iaitu, pertama sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan. Maksud kedua merujuk kepada berarak iaitu berjalan beramai-ramai atau beriring-iring. Pihak kami tidak mempunyai maklumat berkaitan asal-usul terbinanya sesebuah perkataan. Pihak tuan boleh merujuk kepada universiti atau membuat kajian sendiri atau boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang. | Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. | Lain-lain | 04.11.2010 |
salam.saya ada beberapa soalan. apakah sinonim bagi yang berkaitan : 1.ais tirus yang tergantung ke bawah-> _,_,_,_,_,_ 2.kaum ->_,_,_,_,_,_ 3.awan berarak ->_,_,_,_,_,_,_ 4.berjalan membongkok ->_,_,_,_,_ 5.kisah perjalanan ->_,_,_,_,_,_,_,_ terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk melayani soalan berbentuk teka kata. Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan sila rumuk laman web kami. | Lain-lain | 04.01.2013 |
Tuan, apakah istilah yang tepat bagi papan tanda yang dibawa ketika perbarisan kontijen sukan dll. Adakah penggunaan 'papan pelekat' betul? | Benda yang tuan maksudkan ialah sepanduk, iaitu kain atau sebagainya yang dibawa sewaktu berarak. | Istilah | 26.01.2014 |