Apakah beza tepung beras dengan serbuk beras putih? | Tepung beras ialah tepung yang diperbuat daripada beras dan lazimnya beras biasa (bukan beras perang), serbuk beras ialah benda yang berbutir-butir dan halus juga disebut tepung. Ini bermakna tepung beras dengan serbuk beras sama sahaja yang membezakannya ialah jenis beras. | Makna | 19.11.2014 |
apakah penjodoh bilangan bagi beras. | Penjodoh bilangan untuk beras bergantung pada kuantiti. Contohnya seguni beras, segantang beras, sebutir beras, secupak beras, dsbnya. | Istilah | 04.09.2009 |
Ejaan mana yang betul, Corak Beras Patah atau corak beras patah ? | Kedua-dua perkataan "Corak Beras Patah" atau "corak beras patah" adalah betul ejaannya, bergantung pada ayat. Contohnya: Untuk penulisan tema atau slogan iklan, adalah lebih baik menggunakan ejaan "Corak Beras Patah", berbanding ejaan "corak beras patah". | Tatabahasa | 07.08.2014 |
Apakah istilah Bahasa Melayu yang dapat digunakan untuk 'brown rice'? "Beras perang" atau "Beras ceruh" atau kedua-duanya boleh diterima? | Padanan Istilah Brown Rice dalam bahasa Melayu ialah Beras Perang/Beras Ceruh. Walau bagaimanapun padanan paling tepat ialah Beras Perang. | Makna | 22.01.2019 |
1. Taburkan beras hancur berwarna di atas lakaran. 2. Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran. Ayat mana yang betul? terima kasih. | Ayat yang betul ialah Taburkan beras hancur berwarna pada lakaran. | Tatabahasa | 26.04.2025 |
Ali menimbang beras dengan penimbang yang jitu? Adakah ayat ini betul? | Ayat “Ali menimbang beras dengan penimbang yang jitu” betul. | Tatabahasa | 17.03.2014 |
Jika bahasa inggeris nama produk diberi nama Curry Rice Cracker, apakah nama yang sesuai untuk bahasa melayu? Bolehkah saya guna Keropok Beras Kari atau saya perlu guna Keropok Beras Perasa Kari ? | Penggunaan perkataan yang sesuai ialah “Biskut Beras Perisa Kari”. | Tatabahasa | 04.06.2025 |
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis? | 1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan" 2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut." | Lain-lain | 21.08.2021 |
Apakah terjemahan bagi 'diastatic rice flour' dalam Bahasa Malaysia? Tidak ada istilah Bahasa Malaysia untuk 'diastatic'. Bolehkah ia diterjemah sebagai Tepung Beras 'Diastatic'. | Istilah bahasa Melayu yang betul ialah tepung beras diastatik. | Istilah | 27.10.2016 |