DBP, adakah berperdu daripada bermaksud berpunca daripada a? | Berperdu bermaksud berasas, kata berasas tidak sama dengan berpunca. | Tatabahasa | 04.10.2011 |
Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
| Tatabahasa | 30.04.2013 |
Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas. Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat. | Makna | 30.04.2013 |
assalamualaikum..maksud prejudis dan stereotaip apa? | Prejudis bermaksud rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. Stereotaip bermaksud tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb). | Makna | 04.02.2008 |
APAKAH MAKSUD " TANAPA PREJUDIS" | Maksud tanpa prejudis ialah tidaka ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. | Makna | 18.03.2009 |
APAKAH MAKSUD " TANPA PREJUDIS" | Maksud tanpa prejudis ialah tidak ada rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dsb. | Makna | 18.03.2009 |
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Meluat dia dengan tabiat lelaki itu. Ayat (1) ayat songsang yang telah mendepankan kata adjektif "meluat"; ayat asal bagi ayat (1): Dia meluat dengan tabiat lelaki itu. Saya berpendapat bahawa ayat ini salah, kerana digunakan "dengan". Untuk keterangan terhadap, kata sendi nama "akan", "kepada", dan "terhadap" dipakai. "Meluat" merupakan perasaan dan tergolong dalam kelompok kata adjektif perasaan. Apabila kata adjektif perasaan diikut oleh keterangan terhadap, seperti benci (kata adjektif perasaan) + akan dia (keterangan terhadap), kata sendi nama "akan" digunakan, bukan "dengan". Jadi, ayat yang saya fikirkan betul berasas pada analisis saya ialah: 1. (a) Meluat dia akan tabiat lelaki itu. "akan tabiat lelaki itu" ialah keterangan terhadap, dan "meluat" ialah kata adjektif perasaan. Kata adjektif perasaan perlu dipadankan dengan kata sendi nama "akan" jika keterangan terhadap ingin dinyatakan. (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi) | Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan? | 1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim- | Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka. | Tatabahasa | 19.06.2013 |