Tuan, ayat mana lebih tepat? 1) berasaskan kepada prinsip menghargai kejadian manusia. 2) berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia. | Jawapan yang lebih tepat ialah nombor 2, iaitu "berasaskan prinsip menghargai kejadian manusia". | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas, popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja). | Makna | 19.06.2018 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ada kekeliruan dengan istilah 'OUTCOMES BASED EDUCATION (OBE)'. BILA ditukarkan dalam bahasa melayu ada dua istilah yang biasa digunakan iaitu 'PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL' atau 'PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL'. Persoalan saya, mana istilah yang paling tepat untuk digunapakai. sekian terima kasih | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi education ialah pendidikan. Perkataan pembelajaran terjemahan daripada perkataan learning. Daripada rujukan tersebut, penggunaan yang sesuai ialah Pendidikan Berasaskan Hasil. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.07.2018 |
Cikgu, berasaskan ayat-ayat di sebelah yang menggunakan kata "beza" dan "perbezaan", ayat yang manakah betul? Atau kedua-dua ayat boleh diterima? 1. Terdapat beza pendapat antara dua orang ahli bahasa itu. 2. Terdapat perbezaan pendapat antara dua orang ahli bahasa itu. Bagaimanakah pula dengan ayat (3) dan (4) di sebelah? 3. Terangkan beza antara sel darah merah dengan sel darah putih. 4. Terangkan perbezaan antara sel darah merah dengan sel darah putih. Berpandukan makna "sifat lain sesuatu benda daripada yang lain", apakah kelainan makna antara kata "beza" dengan kata "perbezaan"? | Ayat yang betul ialah Terdapat perbezaan pendapat antara dua orang ahli bahasa itu dan Terangkan perbezaan antara sel darah merah dengan sel darah putih. Sila rujuk Kamus Pelajar atau laman web kami untuk melihat perbezaan makna dan konteks penggunaannya antara perkataan beza dengan perbezaan. | Tatabahasa | 22.02.2015 |
tuan, Penggunaan berdasarkan atau berasaskan contoh ayat: Rayuan penetapan gaji permulaan berdasarkan atau berasaskan pengalaman. | Encik Abdul Aziz, Ayat yang betul ialah berdasarkan pengalaman. | Tatabahasa | 10.06.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan "Modul pembelajaran berasaskan komputer" | Modul pembelajaran yang berasaskan komputer dan multimedia sebagai bahan bantuan. | Makna | 30.03.2009 |
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. 1. Adakah tatabahasa ayat di atas betul ? 2. Adakah penggunaan "nya" dalam ayat betul ? Terima kasih. | Saya amat menggemari makanan ringan yang berasaskan ubi kayu kerana rapuh dan sedap rasanya. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 08.03.2016 |
Assalamualaikum. Tuan, berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013 - KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA YANG BERADA DI GRED LANTIKAN, mohon pandangan singkatan sesuai untuk istilah "time-based berasaskan kecemerlangan" sama ada TBK atau TBBK. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman, kami tidak membenarkan singkatan dibentuk daripada perkataan bahasa Inggeris yang digabungkan dengan perkataan bahasa Melayu. Perkataan tersebut perlu diterjemahkan keseluruhannya kepada bahasa Melayu dahulu, kemudian dicadangkan singkatan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 29.12.2015 |
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung. | Istilah | 05.02.2014 |