Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.tus.ra.tus] | براتوس-راتوس

Definisi : beberapa ratus: ~ rakyat mati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.tus.ra.tus] | براتوس-راتوس

Definisi : beberapa ratus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beratus-ratus

Peribahasa

Penyu itu bertelur beribu-ribu,
     seorang pun tidak tahu;
ayam bertelur sebiji,
     pecah khabar sekampung.

Bermaksud :

Keuntungan yang diperoleh orang kaya sedikit pun tidak menjadi sebutan orang, tetapi keuntungan yang diperoleh orang miskin walaupun sedikit riuhlah orang memperkatakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Penyu bertelur beratus-ratus banyaknya, senyap; ayam bertelur sebutir saja hingar sekampung).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat. adakah beratus-ratus perlu digantui dengan beberatus atau beratus-ratusan ?

Sdr. Teoh,

.......beratus-ratus mangsa banjir telah dipindahkan ke kawasan yang selamat adalah betul . Jangan tukar kepada beberatus atau beratus-ratusan . Terima kasih

Tatabahasa01.04.2010
beratus-ratus” bersifat tidak tentu kerana ia bermaksud beberapa ratus menurut kamus Dewan dan tidak mempunyai nilai yang spesifik seperti tiga ratus. Persoalannya,kenapa “beratus-ratus” dikategorikan sebagai kata bilangan himpunan dalam buku Tatabahasa Dewan dan bukan dikategorikan sebagai kata bilangan tak tentu?Apakah ciri yang membezakan kata bilangan himpunan dan kata bilangan tak tentu?Kata bilangan himpunan merujuk kumpulan benda dan lazimnya dalam bentuk kata ganda. Pada asalnya kata bilangan ini merupakan kata bilangan tentu seperti 100 orang dan 1000 guni beras tetapi telah mengalami penggandaan mengakibatkan ia terkeluar daripada kategori kata bilangan tentu. Walau bagaimanapun perkataan tersebut tidak boleh dikategorikan kata bilangan tak tentu kerana tidak setara dengan perkataan yang lain seperti semua, para dan banyak.Tatabahasa11.08.2020
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih!1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 
2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 
3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa19.03.2012
tuan, kedua-dua orang pegawai atau kedua-dua pegawai ? TQBerdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya. Oleh itu, penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.Tatabahasa18.01.2012
laskar

Pertanyaan saudara tidak jelas. sekiranya saudara inginkan maksud perkataan ini, ejaan yang betul bagi laskar ialah lasykar, iaitu 1. askar, serdadu: baginda mempunyai beratus-ratus hulubalang dan ~; 2. = ~ rakyat askar yg terdiri drpd rakyat biasa.

Istilah12.06.2009
Perbezaan kata 'sementara' dengan 'manakala'kata manakala dan sementara digunakan dalam ayat seperti yang berikut: i. Dia tersenyum manakala melihat adiknya sudah terlena. ii. ramai orang yang cedera dan hilang manakala beratus-ratus kehilangan rumah dalam gempa itu. Di sini jelas menunjukkan bahawa kata tersebut tidak digunakan pada permulaan ayat tetapi digunakan sebagai penanda wacana untuk menyambung ayat yang sebelumnya.Tatabahasa15.04.2008
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deretJawapan yang betul ialah berduyun-duyun.Tatabahasa25.07.2013
Bersama-sama tergolong dalam golongan kata apa? Adakah Kata Bilangan Himpunan?Kata "bersama-sama" bukan tergolong dalam Kata Bilangan Himpunan.  Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.  Contoh Kata Bilangan yang membawa maksud bilangan ialah: beratus-ratus, ketiga-tida, berabad-abad.
Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkataan "sama-sama" termasuk dalam Kata Adverba penggandaan penuh.  Walau bagaimanapun kami tidak mempunyai maklumat untuk perkataan "bersama-sama"
Tatabahasa15.08.2016
Salam sejahtera, Frasa "kedua-dua orang sahabat karib" atau "kedua-dua sahabat karib" betul? Bilakah kita perlu menggunakan penjodoh bilangan selepas kata bilangan. Sekian, terima kasih.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edidi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya, kelima-lima ekor kambing, sepuluh buah bangunan, beratus-ratus orang penonton. Oleh itu, kedua-dua frasa yang dikemukakan adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa11.01.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan-perkataan berikut : 1- Pelangi 2- Batas (selalunya digunakan untuk menanam ubi dan sebagainya) 3 - Hamper (Bakul yang berisi barangan untuk dijadikan hadiah) Sekian, terima kasih.

“Pelangi,” "batas" dan "hamper" tidak mempunyai penjodoh bilangan. Kata "batas" dan "hamper"  ini  boleh diawali dengan kata bilangan untuk menunjukkan jumlah contohnya; satu, dua, beratus-ratus dan berpuluh-puluh atau kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu contohnya semua, beberapa, seluruh, banyak dan sebagainya.  

 

Tatabahasa27.05.2020
123

Kembali ke atas