Saya Hana Salaeh, sedang belajar Pusat bahasa melayu dasar, di Universiti Islam Yala. Saya ingin bertanya, Apakah maksud berbalas pantun itu serta contohnya, terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Empat, mendefinisikan berbalas pantun sebagai mengucapkan pantun bersambut-sambutan. Puan boleh menghubungi atau mengunjungi Pusat Dokumentasi DBP untuk mendapatkan rujukan buku yang berkaitan dengan pantun. | Sastera | 06.11.2013 |
Emiera Izzaty Ibrahim Oct 9th, 10:28pm Salam.. Admin,maaf mengganggu. Saya berminat dgn pertandingan berbalas pantun BBK pd 19 okt ni. Saya ingin tahu ttg details pertandingan, seperti format dan tema pantun. Harap pihak DBP dapat membantu kerana saya ingin daftarkan pasukan saya secepat mungkin | Untuk makluman puan, pelbagai kegiatan bersempena dengan BBK ini dianjurkan oleh pelbagai bahagian dan jabatan dan diurussetiakan oleh bahagian/jabatan berkenaan. Kami mencadangkan puan berhubung terus dengan urus setia acara berkenaan berdasarkan maklumat yang puan peroleh tentang pertandingan berbalas pantun pada 19 Oktober 2014. | Lain-lain | 09.10.2014 |
Salam sejahtera encik. Encik, Saya ingin memdapatkan kepastian tentang ketepatan penggunaan perkataan dalam 2 ayat berikut: 1. Ketika muda dahulu, Pak said digelar jaguh memanjat pokok kelapa. *** Adakah penggunaan perkataan 'memanjat' betul? Ataupun yang tepat ialah 'pemanjat'? Pada pendapat saya kata kerja tidak boleh ada dalam frasa nama. 2. Penyenayah itu saling berbalas tembakan dengan pihak polis. ***Adakah penggunaan "saling berbalas" betul? Adakah berlaku kelewahan bahasa? Pada pendapat saya, 'berbalas' sudah membawa maksud 'saling'. Diharapkan encik dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan di atas. Terima kasih. | 1. Frasa yang betul ialah jaguh panjat pokok sama seperti jaguh tinju. . 2. Ayat yang betul, penjenayah itu saling menembak atau penjenayah itu berbalas tembakan. | Tatabahasa | 09.05.2016 |
petinju-petinju dari kedua-dua buah negara itu berbalas-balas tumbukan untuk meraih kemenangan. (munsyi, adakah petinju-petinju sesuai digunakan? TK) | Perkataan petinju-petinju sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
Mas Muna WED 16:15 Mas Muna Mas assalamualaikum. Saya mas dr penang saya nak tanya... baru2 ini saya ada buat order melalui dpb online tetapi buku2 belum sampai. dan e-mail sy tidak berbalas bagaiman harus sy check ya | Wassalam, Pihak tuan/puan boleh menghubungi 019-2141956 untuk pertanyaan berkenaan buku yang telah ditempah. Terima kasih. | Lain-lain | 11.01.2017 |
Adakah "saling" sama maksud dengan "antara satu sama lain" ? Contoh frasa : saling membantu antara satu sama lain. Adakah frase sebegini dikatakan lewah ? | Perkataan saling bermaksud kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan. Frasa tersebut tidak lewah. | Tatabahasa | 24.07.2020 |
Ciri-ciri budaya dalam pantun Melayu. Apakah pandangan masyrakat tentang pantun Melayu kini? Apakah langkah atau usaha-usaha yang dijalankan untuk mengekalkan dan memperkasakan pantun Melayu? | Antara usaha-usaha yang telah dijalan oleh DBP dalam memartabatkan pantun ialah mengadakan Pertandingan Berbalas Pantun Antara Kementerian pada setiap tahun. DBP juga telah menerbitkan banyak buku tentang pantun Melayu. Untuk menjawab persoalan saudara, sila rujuk buku "Pandangan Semesta Melayu: Pantun", terbitan DBP, 2006. | Lain-lain | 29.01.2008 |
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih | Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. | Lain-lain | 14.06.2011 |
Salam. Saya ingin bertanya.. adakah pantun bahasa menerusi pesta buku nanti itu ialah pertandingan? Bolehkah kami menyertainya? | Terima kasih menjadikan DBP sebagai sahabat di hujung jari. Pantun Bahasa yang dianjurkan di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014 bersifat merakyatkan pantun. Pantun akan dijadikan medium untuk menghidupkan suasana di pentas utama dalam bentuk berbalas pantun secara spontan. Silalah datang beramai-ramai ke sana nanti. Terima kasih | Lain-lain | 14.04.2014 |
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi". | Penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh" | Lain-lain | 24.12.2015 |