Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbanding dengan

Peribahasa

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berbanding dengan atau berbanding di tempat-tempat yang lain.Penggunaan yang betul ialah 'berbanding dengan'.Tatabahasa26.02.2010
Salam sejahtera, Dalam membuat perbandingan, ayat manakah yang betul? 1. Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk. 2. Udara panas kurang tumpat daripada udara sejuk. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'daripada' dan 'berbanding dengan' dalam melakukan perbandingan?Ayat yang gramatis ialah "Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk".
Tatabahasa04.11.2015
Daripada analisis yang dilakukan, didapati ayat majmuk lebih banyak digunakan berbanding dengan ayat tunggal. Betulkah ayat tersebut atau terdapat kesalahan bahasa?Ayat yang betul ialah Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati ayat majmuk lebih banyak digunakan berbanding dengan ayat tunggal.Tatabahasa12.10.2021
Daripada analisis yang dilakukan,didapati ayat majmuk lebih banyak digunakan berbanding dengan ayat tunggal. Saya mahu bertanyakan soalan apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini ?Terima kasih,TuanAyat yang betul ialah Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati ayat majmuk lebih banyak digunakan berbanding dengan ayat tunggal.Tatabahasa15.03.2021
Mohon penjelasan ayat yang betul. 1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. 2. Lemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal mencatatkan "peratus" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan yang lain.1. Kemalangan jalan raya melibatkan motosikal mencatatkan "peratusan" yang paling tinggi berbanding dengan kenderaan lain. - peratusan bermaksud bilangan dengan kiraan peratus, oleh itu kata peratusan menyempurnakan maksud ayat yang diberi, manakala bermaksud peratus satu dibahagi dengan seratus, tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut. Tatabahasa30.04.2009
Yang mana satu betul? Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010, ATAU Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010.Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010.Tatabahasa12.07.2012
Saya ingin bertanya penggunaan beberapa perkataan dalam ayat: 1. Berbanding atau berbanding dengan (yang manakah tepat) 2. Bersama atau bersama-sama atau bersama-sama dengan( yang manakah tepat) 3. Dia tidak hadir ke sekolah sebab demam atau dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam. (yang manakah tepat) terima kasih dari Diana1. Penggunaan yang betul ialah berbanding dengan.
2. Bersama dan bersama-sama kedua-duanya betul.
3. Dia tidak hadir ke sekolah oleh sebab demam.
Tatabahasa22.02.2012
Tuan, Frasa sendi nama 'pada peringkat' lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama 'di peringkat'. Bagi ayat tersebut, yang manakah lebih tepat. 'di kedudukan ke-18 daripada 189 negara ATAU 'pada kedudukan ke-18 daripada 189 negara'. adakah kedudukan tersebut membawa maksud tempat. Sekian, terima kasih.Frasa yang lebih tepat ialah "pada kedudukan ke-18 daripada 189 Negara". Kedudukan tidak  membawa maksud tempat.Tatabahasa24.03.2015
Alapakah maksud untung kasar?Contoh ayat:Untun yang diperoleh daripada lebihan hasil jualan berbanding dengan kos jualan.Menurut Kamus Dewan Perdana (hlm.2479), "untung kasar" bermaksud keuntungan yang diperoleh sebelum ditolak segala perbelanjaan.

Makna31.12.2021
‎"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih.Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding.Tatabahasa09.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas