Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbatang

Puisi
 

Sangat ajaib buahnya padi,
     Menjadi emas berbatang suasa;
Sangatlah sakit rasanya hati,
     Terkena panah penyakit cinta.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'Wood Lawn Weeder'? Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk 'Wood Lawn Weeder" ialah Pencabut Rumpai Berbatang Kayu atau Pembuang Rumpai Berbatang Kayu.Istilah03.03.2016
Diperbuat daripada buluh ‘Sumbiling’ dan rotan untuk menyimpan hasil pertanian dan sebagainya Made from ‘Sumbiling’ and rattan for storing agricultural products and others soalan: Adakah ayat diatas betul atau salah. soalan: Buluh dalam bahasa English soalan : Perbezaan antara penggunaan perkataan Bambu dan Buluh ( Buluh dlm BI Bamboo / Bambu dlm BI juga Bamboo - mana satu yang boleh diguna pakai. Merujuk pada perkatan Buluh adalah sejenis tumbuhan berbatang kecil dan nipis seperti Buluh perindu dsbg..Ayat yang diberikan, iaitu "Diperbuat daripada buluh sumbiling dan rotan untuk menyimpan hasil pertanian dan sebagainya" adalah betul. Kedua-dua perkataan, iaitu buluh dan bambu boleh digunakan untuk padanan perkataan bahasa Inggeris "bamboo".Istilah10.10.2012
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Paraplough Plough 2. Single Furrow Ploughs 3. Sulky Ploughs 4. Turnwrest Ploughs 5. Deep Tillage Subsoiler 6. Shank Subsoiler 7. Terra Weeder. Sekian, didahului dengan ribuan terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 
1. Paraplough Plough - Bajak Berbilang Bilah
2. Single Furrow Ploughs - Bajak Alur Tunggal
3. Sulky Ploughs - Bajak Berpenarik Haiwan
4. Turnwrest Ploughs - Bajak Bilah Berbalik
5. Deep Tillage Subsoiler - Bajak Subtanah Pemugaran Dalam
6. Shank Subsoiler - Bajak Subtanah Berbatang
7. Terra Weeder - Pencabut Rumpai 
Istilah01.03.2016
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023

Kembali ke atas