Adakah ayat tentang keris ini betul: 'Gah kersani berbeka ulung, tiada sirna biar berabad' Apakah maksud yang paling ringkas? Jika salah, apakah ayat yang sesuai? (perlu menggunakan perkataan sastera lama). | Perkataan berbeka bermaksud bercakap dgn sso atau kumpulan orang: Contoh ayat - Dgn adinda ia berbeka, menyuruh berkumpul adik dan kakak. Perkataan berbeka - tidak diketahui maksud sebenar dlm ayat ini. Perkataan dirna pula bermaksud:- 1 (bkn sso, bangunan dsb) binasa atau musnah sama sekali: Semua yg ada krn diadakan akan mengalami sirna. 2 (bkn perasaan, kenangan dsb) tidak ada lagi atau hilang: Rasa tercabarnya ttg perbezaan daun mapel dan daun anggur mulai sirna.Dia sempat memegang susuk tubuh salah seorang penghuni hutan itu, sebelum mereka bergerak pantas dan sirna dlm ketebalan hutan. 3 Jw bh (bkn suara, bunyi dsb) tidak kedengaran Perkataan sirna tidak sesuai digunakan dlm ayat ini. Tiada cadangan ayat kerana maksud sebenarnya tidak difahami. Mohon tuan menjelaskan maksud sebenar yg ingin disampaikan menerusi ayat di atas. Terima kasih. | Lain-lain | 05.08.2022 |
saya ingin bertanya maksud perkataan berdora dan berbeka | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, berbeka-beka bermaksud bercakap-cakap untuk merundingkan sesuatu; berbual-bual: teman ~ kawan atau lawan bercakap-cakap. | Lain-lain | 19.05.2010 |
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikan | Kelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana. (Pendeta Za’ba,) | Lain-lain | 26.07.2008 |