Salam sejahtera, Adakah "Overspent" sesuai diterjemahkan kepada "Terlebih belanja" atau "Terlebih berbelanja"? Contoh ayat: Overspent by her kids during summer. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Menurut Kamus Melayu-Inggeris Dewan, overspend bermaksud berbelanja berlebih-lebihan. Oleh itu, overspent boleh dimaksudkan sebagai telah berbelanja berlebih-lebihan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2018 |
Salam 1Bahasa, 1. Ayat larangan: a. DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI SINI atau b. DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI 2. Kita hendaklah berbelanja secara hemat ATAU Kita hendaklah berbelanja secara berhemat Mohon pencerahan tuan tentang ayat 1 dan ayat 2 di atas. Terima kasih. | Ayat yang lebih gramatis "meletakkan" dan "berhemat". | Tatabahasa | 28.02.2014 |
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih. | "Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 01.05.2020 |
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIH | Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. | Tatabahasa | 07.10.2010 |
dia sering mengalami masalah kewangan kerana cara anaknya berbelanja ibarat....? apakah peribahasa yang sesuai untuk situasi di atas? | Peribahasa yang sesuai ialah 'diperbesar isap(hisap), hitam bibir. Rujuk Kamus Peribahasa oleh Abdullah Hussaian. | Makna | 29.04.2009 |
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan (Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00 pagi hingga.....) 2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. (Seharusnya: Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.) 3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. ( Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.) | Tatabahasa | 25.02.2009 |
adakah kata bantu boleh digunakan di hadapan ayat? sekiranya boleh, nyatakan konteks ayat serta contoh penggunaannya. contohnya: 1) Untuk menjadi cantik... 2) Dengan hanya berbelanja... | Kata bantu, yang hanya hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama, iaitu dengan menimbulkan makna tambahan dari segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk kata bantu ialah telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Contoh penggunaan kata bantu dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pekerja itu telah pulang. 2. Murid-murid itu baru tiba. Kata bantu ragam ialah bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan, seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat, enggan, patut dan mungkin. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. 2. Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri. Untuk makluman, untuk dan dengan ialah kata sendi nama. | Tatabahasa | 14.01.2011 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIH | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIK | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |