Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : berlainan: pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu ~ drpd pemerintahan mengikut kaedah persatuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bé.za] | بربيذا

Definisi : 1 tidak sama antara satu dgn yg lain; berlain: Segala perbuatannya ~ drpd yg dikatakannya. 2 tidak sama ukurannya; berselisih sukatannya: Waktu ketibaan mereka ~ lebih kurang dua puluh minit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbeza

Puisi
 

Dari dahulu Jawa Semarang,
     Ungai-ungai di atas bukit;
Macam dahulu juga sekarang,
     Tidak berbeza barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rebung tidak jauh dari rumpun.

Bermaksud :

Tabiat anak tak akan jauh berbeza dengan orang tuanya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(28)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan penjelasan untuk ayat yang bagaimana kita menggunakan perkataan "berbeza" dan "berbeza-beza"? Adakah "Bayaran & caj mungkin berbeza-beza mengikut yuran & caj standard" merupakan terjemahan yang tepat untuk "The fees & charges may vary according to the standard fees & charges"? Terima kasih.Pemerintahan mengikut kaedah persekutuan itu berbeza daripada pemerintahan mengikut kaedah persatuanAdat itu mempunyai tafsiran yang berbeza antara ahli-ahli penganutnya. Berdasarkan contoh ayat, berbeza menunjukkan kelainan antara satu benda/perkara dengan satu benda/perkara lagi, manakala berbeza-beza mempunyai beberapa kelainan. Oleh itu, ayat yang betul "Bayaran dan caj mungkin berbeza mengikut yuran dan caj standard."Penyemakan dan penterjemahan09.12.2019
Antara CARTA ORGANISASI dan CARTA ORGANISASI FUNGSI, adakah ianya sama atau berbeza, jika berbeza, apakah bezanya. Terima kasih.

Secara umumnya, Carta Organisasi menerangkan struktur organisasi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit yang distrukturkan mengikut  hierarki jawatan, nama pegawai dan pecahan program/fungsi.

Secara umum, Carta Fungsi menerangkan pecahan fungsi sesebuah Agensi atau pada skala yang lebih kecil dalam Agensi tersebut seperti Jabatan/Bahagian/Unit dan Carta Fungsi ini menerangkan perincian setiap tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi setiap program/fungsi. 

Untuk keterangan lanjut, tuan boleh merujuk kepada buku-buku pengurusan yang terdapat di pasaran.

Lain-lain23.06.2009
Padanan Bi-BM untuk frasa "different from"" ialah berbeza daripada atau berbeza dengan?Sila nyatakan konteks penggunaan ayat untuk kami berikan padanan bahasa Melayu.Lain-lain17.08.2020
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan istilah 'gadget'? 2) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'peranti mudah alih'? 3) Adakah 'peranti mudah alih' , 'peranti elektronik' dan 'peranti digital' mempunyai maksud yang berbeza? Sekiranya berbeza, mohon bantuan untuk dijelaskan setiap maksud perkataan ini. Terima kasih.1. Padanan bagi gadget ialah alat atau alatan.
2. Peranti mudah alih ialah padanan bagi istilah mobile device.
3. Peranti mudah alih ialah peranti pengkomputeran dalam telefon pintar, komputer dan sebagainya. Peranti elektronik ialah komponen yang mengawal arus elektrik. Peranti digital ialah peranti yang mengandungi sistem digital seperti telefon pintar. Untuk mengenal pasti persamaan atau perbezaan ketiga-tiga peralatan ini, perlu merujuk pihak yang pakar, kamus hanya dapat memberi makna perkataan tanpa perincian yang jelas.
Istilah06.11.2019
Adakah jaket keselamatan air boleh dipanggil pelampung?
Jaket keselamatan dan pelampung ialah dua benda yang berbeza dan bentuk pun berbeza
walaupun fungsinya sama.
Istilah01.08.2014
salam, adakah leluhur merupakan kata terbitan bagi luhurPerkataa "Luhur" dan "leluhur" ialah kata yang berbeza dan maksudnya juga berbeza. "Luhur" bermaksud mulia, dipandang tinggi (berkenaan sifat, cita-cita, budaya dan lain-lain)  manakala "maksud "leluhur" ialah  nenek moyang.Tatabahasa24.02.2023
Hai Tuan/ Puan, frasa "bersama dengan" atau "bersama-sama dengan" lebih betul penggunaanya ? Atau kedua-dua frasa ini mendukung makna yang berbeza dalam konteks yang berbeza ? Minta pencerahan. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah bersama dengan. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini, 'bersama' membawa banyak makna tetapi 'bersama-sama' hanya bermaksud bergandingan dengan. Oleh itu, perkataan 'dengan' tidak perlu jika menggunakan perkataan bersama-sama. Contoh: Saya pergi ke taman permainan bersama-sama kakak.Lain-lain23.11.2020
Yang manakah struktur perbandingan yang lebih sesuai?
[A] A didapati berbeza dengan B.
[B] A didapati berbeza daripada B.

*Soalan ini untuk pilihan struktur alternatif selain "A didapati berbeza berbanding B.

Jawapan yang betul ialah A didapati berbeza daripada B.

Tatabahasa25.06.2024
Adakah maksud berbeza antara "rumput" , "rerumput" serta "rumput-rumput" ? Atau perkataan tersebut hanya beza dalam kategori tatabahasa sahaja?
"Rumput" tergolong dalam kata dasar yang bermaksud sejenis tumbuhan yang melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dan sebagainya)

"Reremput" berasal daripada proses penggandaan separa. Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar "rumput". Contoh lain: lelaki, sesiku, tetikus, pepohon dan sebagainya. 

"Rumput-rumput" tergolong dalam kata ganda penuh iaitu proses mengulang keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar bentuk tunggal atau berimbuhan. Contohnya: meja-meja, cerpen-cerpen, pemimpin-pemimpin dan sebagainya. 

Tatabahasa23.10.2022
Adakah istilah "serbaguna" dan "serba guna" mempunyai makna yang berbeza? Jika berlainan, adakah istilah seperti "serbaneka" berbeza maknanya dengan "serba aneka"?

Ini kerana saya jumpa banyak penggunaan "serbaguna" dieja satu perkataan, tidak seperti "serba " yang lain.

Kata serba guna (dieja dengan dua perkataan) telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana dengan makna barang, alat dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan atau fungsi (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba guna ialah: Baja serba guna mengandungi semua makronutrien asas yang diperlukan oleh tanaman.

Untuk kata serba aneka dan serbaneka, kedua-dua bentuk kata ini telah diterima dan telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang membawa makna pelbagai aneka atau bermacam jenis (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba aneka dan serbaneka ialah: Kedai itu menjual barangan plastik serba aneka.•Aku berpusing-pusing lagi di sekeliling gerai yg bertimbun-timbun dgn serbaneka sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ejaan14.03.2025
12345678910...

Kembali ke atas